0 comments

Angka 24

24 ... 
Itu usia aku. 
Yang semakin hari semakin menginjak dewasa.
Masih meneruskan perjalanan menjadi seorang pelajar.
Melalui pelbagai pengalaman hidup dari saat usia 18 tahun.
Dari saat kecil,akulah anak yang selalu sakit.
Tapi sekarang tumbesaran sudah mengalahkan emak sendiri.
Sudah pandai bercinta dan mencintai.
Cewahhhh...
Jenis bercinta dan setia, akulah orangnya.
Tangguh niat kahwin, kerana ikatan yang telah dimeterai.
Menanti tempoh dua tahun lagi untuk
 status bertukar.
Sejenis manusia punyai nafsu makan kalah si badang.
Setiap tahun tarikh keramat 27 Julai sentiasa dinanti.
26 Muharram lahirnya aku ke dunia fana ini.
Hidup sentiasa punyai pelbagai corak dan warna kehidupan.
Bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang sentiasa dilimpahi.

Tapi satu ku kesali.......


Mengapa dan bagaimana untuk membuat milo sesedap milo trak zaman sekolah itu?
Bersama kita nantikan.
Tapi tiada apa yang perlu dinanti.
Kerana ini post akhir bagi blog insan bernama E'eim.....
Xoxo republish. 
:)

0 comments

Noktah

Noktahnya perjalanan seorang insan yang bergelar seorang manusia pabila dia sudah sampai ke penghujung usianya...

Noktahnya hidup seorang wanita bujang pabila dia bergelar isteri kepada sang suami...

Noktahnya waktu untuk menikmati makanan pabila jam menunjukkan waktu sudah imsak di bulan puasa...

Noktahnya amalan yang berlipat ganda pabila Ramadhan tiada dan munculnya Syawal...

Noktahnya suasana meriah dibilik jahitan ibu pabila esok diumumkan raya...

Noktahnya latihan polis pabila sang jejaka sudah menamatkan latihannya dengan jayanya...

Noktahnya sebuah perhubungan pabila salah seorang pasangan curang dan mencurangi...

Noktahnya ikatan kekeluargaan pabila si anak menderhakai kata-kata sang ibunya..

Noktahnya assignment pabila tidak perlu update blog seminggu 2 post lagi...

Noktahnya semester ini apabila kita sudah hampiri final exam. Yahooo...

Tetapi,  tiada istilah noktah dalam kehidupan jika kita sentiasa mulakan sesuatu.....