Disebabkan tema kita pilih pasal ketam. Akak payung sikit gambar ketam kat hangpa semua. Jangan kata akak tak payung. Payung payung payung !
Pernah dengar peribahasa "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus" ? Maksudnya cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri berkelakuan buruk.
Jenaka : Anak ketam yang putus asa kerana tidak dapat berjalan betul akhirnya memotong kakinya sendiri sebagai tanda protes.
Lawak kan? Ketawa lah sikit tanda support lawak akak. Hahaha.
Tidak perlu komen jejauh pasal peribahasa tu. Kita kenal pulak jenis ketam.
Ketam Nipah
Ketam Batu
Ketam Bakau
Biasanya kita familiar dengan jenis ketam tu kan? Ada tak terbaca pasal ketam kelapa?
Ketam Kelapa ini terdapat di Pulau Sipadan , Semporna Sabah dan juga di luar negara yang lain. Macam mana rupa dia ? Nah klik sini Ketam Kelapa . Aku pun tau kewujudan ketam ni masa tengok Law Of The Jungle. Gigih google cari info pasal ketam ni.
Tapi tahu atau tidak, ada antara ketam tu haram dimakan? Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan. So berhati-hati dengan pemakanan ketam anda. Tindakan anda adalah masa depan anda.
Ha ada satu cerita menarik. Pulau Christmas yang terletak di Australia, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam tidak dilanggar kenderaan ketika 'melintas'. Itu sebab tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur. Comel je pihak berkuasa sana, kalau kita? Hahaha, mau ditangkapnya semua ketam tu buat makan.