Satu episod bermula.....
Bila someone buat something yang dia tak suka. Tapi dia masih buat sebab kau, apa patut kau rasa? Terharu? Gembira? Dan apa perasaan kau untuk benda yang dia buat tu? Pada dasarnya kau dengan dia adalah partner. Kau punya perasaan biasa-biasa, tapi bila dia tiada kau mencari. Apa sebenarnya yang kau nak? Sedangkan si dia banyak berkorban untuk kau. Dan kau punya kata sayang hanya pada mulut, tapi bukan sepenuhnya apa yang terbuku dihati. Tapi kan, kau bukan tak sayang dia. Kau sayang, tapi apa yang kau rasa tak boleh ditafsirkan. Curang? Nope, tidak pernah sesekali. Setia? Ye sememangnya. Sayang? Hmmm, sayang bukan tidak sayang. Tapi atas dasar apa kau sayangkan dia? Harta? Paras rupa? Agamanya? Haha, kau sendiri tidak pasti.
Apakah nama sebuah perhubungan tanpa dasar kasih sayang? Putus? Kau dah terlalu penat untuk memulakan sesebuah hubungan yang baru. Maka sebab itu, kau fikirkan kekalkan hubungan yang sedia ada. Habis tu, apa nak jadi dengan perasaan kau? Biarkan sahaja? Atau buat something untuk pupuk perasaan tu? Kesian dekat partner kau. Dia punya sayang, cinta, kasih dekat kau, bukan main hebat. Sedar lah diri sikit manusia, kau bertuah masih ada insan yang naif sanggup menjadi pasangan kau. Malahan semua orang tau apa pengorbanan yang si dia buat untuk kesenangan kau. Tapi kau, ibarat memainkan perasaan si dia. Tanpa si dia mengetahui perasaan sebenar kau. Kau kejam !
Cuba kau bermonolog dengan diri sendiri, apakah kau tau apa pengorbanan yang dia buat untuk kau? Kau pernah tidak perasan akan perkara itu? Penat orang sekeliling bercakap tentang pengorbanan si dia. Tapi kau buta, tuli hati dan minda untuk melihat dan menilai. Yang kau tahu hanya mencari kesalahan si dia. Padahal hakikatnya, kesalahan dia tak sebesar kesalahan kau. Haha, kau ni sangat kelakar. Lantas, ke mana hala tuju hubungan kau yang dah bertahun tu? Matlamat si dia, berakhir dijinjing pelamin, dan kau? Masih tercari-cari dan tertanya-tanya, betul ke dia teman sejati? Kau sengal. Apa sebab? Kalau dah tahu kau masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri, untuk apa kau teruskan perhubungan?
Apabila terlalu banyak persoalan yang bermain diminda, boleh lah main tuju lagu dekat radio THR Gegar FM segmen Gegar Cinta bersama DJ Nas. Jangan lupa sekali cerita masalah cinta kau, kasi satu Malaysia dengar kebodohan kau. Mesti ada yang cakap, dah tau tak sayang. Putus saja lah, biarkan si dia bahagia bersama insan yang sayang dengan seikhlasnya. Haha, jangan sayang hanya pada perkataan tapi cuba tanamkan keikhlasan pada diri. Pernah dengar orang cakap, apabila sesorang itu dah pergi dari hidup kita, nah masa itu lah kau akan terasa kehilangan.
Jangan sudah terngantuk baru terngadah, masa itu tiada gunanya lagi. Kau merayu, melutut pun tiada apa yang akan berubah. Silap-silap masa kau sendirian itu lah, baru lah satu persatu apa yang dia korbankan untuk kesenangan kau terbayang diminda. Masa itu baru lah penyesalan kau ibarat Pergunungan Alps. Dan dan masa kau menyesal, kau terima kad undangan perkahwinan dari si dia yang kau tak pernah hargai. Masa itu, boleh lah kau layan lagu pelamin anganku musnah. Hahaha. Apa lagi? Datang saja lah majlis dia, boleh kau tengok isteri dia yang bertuah kerana punyai sesorang yang benar menyanyangi dia apa adanya. Saat itu, kau meraung lah dekat Gunung Tahan mengenangkan kekhilafan kau.
Cisss, apahal tengok profile aku? Aku bukan cerita pasal diri sendiri, please bukan hakak okay. Aku banyak kali kot jadi penasihat cinta, come on lah. Takkan cerita aku kot. Well, sesekali acah-acah doktor cinta, sebarang permasalah mengenai cinta boleh kiranya mendapatkan khidmat aku. Sekali cerita, aku cas milo kotak besar satu. Cerita aku? Aku In-Sya Allah langsung majlis tahun depan. Haha. Aku rasa, aku ada bakat untuk jadi penulis novel. Tapi entah laku ke tidak novel nukilan kau nanti E'eim. Sedar diri sikit, kau punya target lepas ni jadi PA En.Ismail.
0 comments:
Post a Comment