Sembang pasal air, tempat mana aku belajar confrim lah akan ada isu pasal tiada air. Masa belajar diploma kat politeknik bawa lah ke sini UKM. Sama sahaja, isu pasal tiada air. Makna nya kau perasan tak, aku dan air tidak boleh dipisahkan? Kah, mengarut ! Benda paling penting dalam hidup air ni. Pada aku biar takde letrik, still boleh move on. Jangan takde air, payah wei rutin harian nak gerak.
Yelah, mana taknya. Bila takde air, kau tak mandi kan? Bila tak mandi, kau rasa kau wangi ke? Kau selesa ke kehulu-hilir sebarkan keharuman kau tu? Please lah. Katakan lah, kau mandi sebab kau tadah air sebelum tu. Dah tu banyak mana kau tadah? Sebaldi je pun kan. Dengan sebaldi tu kau nak bertahan seminggu? No way! Takkan pernah cukup. Kau gila sebaldi cukup untuk a week? Huh, dengan macam tu kau kata kau mandi. Kirim salam.
Well, tapi kalau kat kampung rumah mak ayah. Family aku rasanya tiada isu pasal masalah air ini. Itu sebab kami guna air perigi. Actually, air mata air dan ditanamkan kalbat keliling punca air tersebut. Kalbat tau tak? Kalbat lah. Anak bandar sungguh. So, aku sepanjang usia dari baby sampai cute gini hanya gunakan air perigi. Bukan lah terlalu klasik, ayah siap buat paiping dari air perigi tu sampai lah tadah air dalam tangki rumah. Come on, ayah aku kreatif gila lah, cuma bakat tu sipi pun takde sangkut kat aku.
Kadang, orang datang siap nak beli air perigi rumah kami sebab katanya nak buat berubat. Ambil je lah, air pun free dari alam semula jadi setiap manusia berhak nak dapatkan. Tapi air perigi tu sebelum boleh disedut sumbernya, ayah aku taburkan klorin sama tawas. Untuk apa kan? Biar tak berbau sama warna airnya jernih. Hebat bukan? Hahah, ayah aku kot mesti lah the best in the world.

0 comments:
Post a Comment