Masa zaman sekolah, ada dua jenis ujian. Ujian lisan dengan ujian bertulis. Tapi aku lebih suka ujian lisan rasanya. Biasanya ujian lisan, cikgu akan tolong walaupun sedikit. Macam Johor, kami ada Sekolah Agama. Biasanya pagi sekolah rendah, petang sekolah agama. Kalau sekolah agama, dari kau darjah 1 dah kena hafal surah untuk ujian lisan.
So bayangkan, dari darjah 1 sampai darjah 6, dan advance sikit sampai darjah khas. Setiap tahun kau ada surah nak kena dihafal. Tu takde hal, bila ujian lisan kau dengan guru kelas sendiri. Takde lah ketar lutut nak ujian tu. Nah bila kau start naik darjah 6. Kau punya panel ujian lisan, cikgu dari sekolah lain. Surah wajib masa darjah khas kena hafal. Surah Yasin dengan al-Baqarah.
Kalau ujian bertulis, kau merapu apa pun dekat kertas jawapan untuk ujian subjek kau ambil belum tentu kau dapat markah. Biasanya ujian bertulis ni, bukti kepada apa yang kau faham masa pembelajaran. Ujian bertulis pulak ada jenis objektif dengan esei.
Bila naik zaman universiti, ujian kau lagi lah bermacam jenis. Bukan setakat ujian jawab paper quiz, midterm nya lagi, dengan last final. Ujian kat sini pelbagai. Termasuk ujian hidup macam mana kau nak survive dalam pengajian yang majoritinya bijak bijak pelajarnya. Sini jugak, kau boleh uji kawan kau. Kenapa kan? Itu sebab, bila pocket money kau dah curang. Kau takde duit, tengok takat mana member boleh tolong. Ujian lah bagi member yang kena bantu kewangan kau. Dalam kepala dia dok berkira, sama ada
A : aku bagi pinjam
B : buat-buat tak tau
C : Kalau bagi pinjam dia bayar balik tak
D : Lantak kau lah
Itu belum kira liku dan ujian kehidupan yang kau hadapi saban hari. Penting, jangan hanya cepat menyerah kalah. Tetapi bangkit lah dengan semangatnya menghadapi apa jua bentuk ujian yang melanda. Tidak kira lah ujian yang kau dapat tu, sangat berat untuk diluahkan. Itu sebab, hanya kau seorang sahaja yang mampu untuk berdepan dengan ujian tu. Kau tak kan boleh mintak mak pak kau amek ujian bertulis ke, ujian dalam kehidupan ke, ujian dalam percintaan kau ke sebab itulah liku hidup seorang manusia.
0 comments:
Post a Comment