Cuti wei cuti !
Okay ramai-ramai, Puts your hands up ! Put your hands up! Cuti dari segala kuliah, apa lagi cucuk langit lah ! Dumcik dumcik. Cuti midsem dah nak start dah. Seminggu wei, seminggu jadi bujang. Cuti jangan tak cuti. Kelak kau menyesal nanti. Free kan jadual kau dari segala aktiviti, balik rumah jumpa mak ayah lagi bagus. Pahala pun dapat, duit pun dalam kocek tak luak lepas tu makan pun free. Mana nak dapat bro? Wifi pun unlimited beb, sini dah ada had seorang quota 5gb. Lifeless. Poyo.
Kau rasa ada istilah cuti ke untuk student u? Kerat jari lah. Mende nak cuti nya, kalau naik cuti midsem ni exam midterm berderet? Kalau kau ambil 10 subjek, ha matilanak. Cuti kau habis dengan menjadi ulat buku. Haha. Istilah cuti tu hanyalah harapan palsu. Jangan lah kome mengharap sangat nak kembangkan sayap dan terbang sebebas mungkin. Silap-silap sangkut dibawah pohon cemara kata Ezad Exists.
Tapi cuti untuk aku, esok start dah. Habis kelas Macro kita cabut balik JB lah. Sorry lah, aku bukan jenis gila segala aktiviti yang ada kat sini. Pada aku balik kampung lebih utama. Masa nak luangkan, luahkan segala peristiwa yang terjadi dekat mak ayah. Best apa, cuti-cuti santai lepak borak sesama ahli keluarga. Lagipun cuti sem karang, bukan dapat cuti lama sangat kan. Sebab ada short sem yang kena amek. Cis.
Cuti midterm ni kau manfaatkan sepenuhnya. Kolej takde Astro segala bagai tu. Ha apa lagi, cuti ni kau telan lah hadamkan segala siaran TV yang kau tergila-gilakan tu sampai siap pesan kat mak ayah mintak recordkan. Kan? Kan? Haha, sebab aku pun sama. Tapi last-last, Tv yang akan tengok aku. Aku lama dah hanyut dibuai mimpi indah dek kerana cuti kuliah seminggu kan.
Beringat jugak beb, dalam kau cuti midterm ni jangan lupa jugak selak lah sikit nota kau untuk berjuang dalam midterm exam. Kang kalau cuti ni kau betul cuti, time dalam dewan exam kau nages beb ingat mak ayah. Tapi mengaku je lah, kau acah bawa segala nota konon nak study. Last-last nota tu hanya mampu menyendiri dalam beg kau yang kau sendiri tak ingat campak dekat ceruk mana. Tapi kan sebenarnya, benda tu semua berbalik dekat diri aku sendiri.
Awal-awal balik rumah masa cuti, keazaman dah kukuh konon setiap hari satu bab atau subjek jadi lah. Huhhhhhh, itu semua dalam mimpi lah wei. Kang abang ajak jalan Bazar Karat, kau mengekor. Kang ajak jalan Jb, kau cecepat sarung tudung. Istilah mana kau kata nak study time cuti? Itu semua dusta berkalang. Ini semua poyo ! So, cuti is cuti. |
0 comments:
Post a Comment