Pantun

"Anak lelaki tercekik halkum,
Assalamualaikum"

Pantun..... 
Dalam wiki jelaskan pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. 
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris.

Pantun ni boleh dikategorikan kepada dua :
              1. Pantun berkait 
              2. Pantun tidak berkait
Pantun yang popular digunakan sekarang, pantun dua kerat. Itu sebab senang nak reka pantun. Hanya samakan ritma ayat terakhir. Macam selalu Jep buat ayat pickup line. Itu pun salah satu contoh pantun. Contohnya : 
"Dua belas jam menunggu,


Saja nak kata I Love You" 
"M.Nasir dipanggil sifu
I Love You Tu"

"Pagi-pagi mata kuyu
Lama I tak jumpu yu"

"Adik berkata selamat jalan,
Moga berjaya jawab ujian"

"Ahad ujian macro,
marilah kita berhohoho"

"Kelmarin mimpikan mama,
Cita-cita dapat tempat pertama"

"Tersangat suka makan nangka,
mulut jangan macam puaka"

Okay, banyak dah pantun dua kerat kita. Kita tengok pulak contoh pantun empat kerat. Biasanya, pantun ni kita tak perlu reka. Kadang spontan je terlintas dekat fikiran. Meh kita reka pantun empat kerat. Chalo beteh...

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Kalau kau berani nak menari
Meh sini E'eim nak tunjuk belang...

Paul Walker pelakon omputih
Cerita dia Fast & Furious
Excident pulak dengan si putih
Kesian dia dah tak famous...

Bersama kita gapai impian
Cadangnya bina keluarga bahagia
Jangan hanya pandai berangan
Kang kau sasau sampai ke India...

Dari Johor singgah ke Bangi
Naik kereta bersama rakan
Ikan kering tu ke yang wangi
Padahal tadi kita dah makan...

Selamat tinggal akhir kata
Esok lusa hari rabu
Hidup ni jangan suka mengata
Kalau tak mahu kena bambu..

Madah diungkap santun bicara
Pantun direka geli hati
Makian dan silap tutur bicara
Minta diampun serendah hati.

0 comments:

Post a Comment