Tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal family. Nama aku klasik kot untuk sesetengah orang. Dah tu nama aku tu atok aku yang bagi, tak kan masa aku tengah quek quek tu nak cakap kat atok. Please Tok Ayah, nama moden sikit kasi kat cucu. Baru lah rare, peace yooo!
First of all, I have 7 siblings which is 2 brother and 5 younger sisters. Plus father and mother, so total for the rest of my family are 9 members. Ha kau, english kali ni. Emak diberi nama Sharifah. Sharifah Aloya Binti Syed Abdullah. Ha saja nak bangga diri, mak aku mix arab beb. Haha, tapi bukan lah nama sebenar dia tu.
Abang sulung Ahmad Shahir, masih bujang dan tengah menjadi bakal zaujahnya. Masih muda belia dan handsome. Second, Saiful Barri. Pedang di daratan maksud nama dia. Pun kacak, sebab dua-dua abang dan banker bergerak aku. Adik aku 4 orang kesemua perempuan. Masih tidak layak untuk menamatkan zaman bujang. Bukan apa, kasi can lah sama kakak dulu.
Aliah, yang tinggi. Walau hakikat adik no 4 aku tu hanya lah setinggi Sarah Raisuddin. Tinggi dari segi akhlaknya. Market lah sikit adik sendiri kan. Citanya mahu jadi cef, bukan cef untuk rumah tangga. Cef pakai topi tinggi, tu yang sesat dekat Bentong. Kelima, Halimatul Sa'adiah. Nama kepada ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W. Bermata galak, bukan A Galak. Masih teruskan perjuangan dalam bidang biomedical engineering (ICT), dia acah bijak sikit dari aku. Kalau semua nak amek engineering, siapa nak tolong ayah business kan? Sedapkan hati, sebab tu aku sambung BBA.
Ke-6, Izni Juhaidah. Ha nama budak ni lah baru mak ayah bagi sendiri. Nama anak 5 teratas, semua atok sama atok sedara yang bagi. Nama dia Izni sebab abjad pertama huruf ayah, I. Takde sebab lainnya. Ni budak muslimah jenis tudung labuh. Kadang nak tarbiah aku, dia kena batch semula dengan aku. Tapi alhamdulilah, sentiasa doakan perubahan yang baik untuk kakak dia.
Siti Balqis, ahli termuda dan terakhir dalam Ibn Ismail. Dia lah yang aku bawa kehulur-hilir dari kecik sampai besar. Ramai kata, muka kami seiras seirama. Nama pun adik beradik, takkan nak muka macam orang lain pulak. Kawan setia bergaduh dengan Izni, bila baik macam belangkas. Si kecik ni pun, teruskan persekolah dalam bidang agama. Tapi sekarang cuma jumpa dia, tiap cuti weekend je.
Emak dan ayah, setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka tak lain mendoakan untuk kebaikan anak-anak dia yang bertujuh ni. Mak ayah takkan ada gantinya sampai bila pun. Mereka adalah mereka. Sebab tu lah aku suka bila time balik rumah. Rumah tak kan lengkap kalau takde semua. Bila sorang balik cuti, yang lain pun akan cuba untuk balik rumah dalam masa yang sama. Kemeriahan dan kebahagian sesebuah keluarga, kau tak kan mampu untuk dinilai dengan wang ringgit.
0 comments:
Post a Comment