Penyesalan? Menyesal?
Kata dasarnya tetap sesal
Atas sebab apa kau rasa sesal?
Perjalanan hidup?
Kau rasa dunia tidak adil?
Kau kejam manusia
Kerana rasa sesal
Kau menghukum fitrah putaran kejadian
Perkara yang lalu buat kau rasa sesal?
Yup, akan sentiasa ada perasaan tersebut
Yup, akan sentiasa ada perasaan tersebut
Jika tiada kau bukan kategori normal
Itu abnormal
Manusia tiada yang sempurna
Ingat lah
Kau boleh elak dari rasa menyesal
Sesalan dan penyesalan
Dengan kau nikmati dan hayati
Sepenuhnya nikmat yang Allah berikan
Jika suatu masa
Datang perasaan sesal
Itu fitrah
kerana
Kau bukan malaikat
Tapi kau adalah sebaik-baik ciptaan
Sehinggkan
Syaitan enggan sujud dan memperakui
Malahan telah berjanji
Akan menyesatkan sehingga kiamat
Maka dengan kewujudan perasaan sesal
Kau akan berusaha lebih
Untuk mengelakkan sesalan kau tidak berbaloi
Dalam kehidupan
Yang bumi semakin nazak
Dengan segala propaganda
Kau sebagai manusia
Dikurniakan akal
Buat perkara
Yang mengelakkan perasaan sesal
Menghantui kehidupan seharian
Sesalan kadang berguna untuk kebaikan dan lahirnya insan dengan pemikiran lebih segar dan baik. Jadinya nikmati dan hayati putaran kehidupan tanpa rasa penyesalan.
Menyesal dengan dosa lampau?
Allah sentiasa mendengar doa hambanya
Tiada istilah terlambat
Sesalan itu telah menjadikan manusia menjadi lebih baik.......