Cinta


Cinta itu bersifat abstrak
Tak kan nampak dengan mata kasar
Hanya boleh dirasai dengan perasaan
Tapi harus berpada
Demi kelangsungan masa depan..

Cinta itu indah
Jika disulami dengan kesetiaan
Tanpa perlu bermain mata dibelakang pasangan
Kelak akan merasai kebahagian...

Cinta itu universal
Tidak semestinya hanya pada manusia
Jep si kucing parsi
Boleh jadi itulah cinta pada haiwan...

Cinta itu complicated
Kenapa?
Saat kau rasa kau sedang merasai nikmatnya bercinta
Kau ditinggalkan
Merana jiwa raga cuba menerima...

Cinta itu ibu ayah
Pelik bukan? 
Hakikatnya tidak
Cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah diduakan
Hanya mereka selamanya...

Cinta itu sambal belacan
Walau pedas sehingga mengalir air mata
Namun tetap ditelan jua...

Cinta itu hikmah
Jika tidak dengan si dia
Mungkin si polan yang nun jauh di sana
Jodoh yang ditetapkan
Dari Sang Pencipta kepada kita...

Cinta itu ketawa dan air mata
Kadang kau terasa indahnya dunia
Pap ! Sekelip mata kau ibarat ditikam dijantung
Nahhhh air mata selautan...

Cinta itu kerinduan
Apabila mengalir air mata
Dek kerana rindukan seseorang
Bersiap ambil wuduk
Mengadap Sang Pencipta dan berdoalah..

Cinta itu  keberanian
Berjumpa sesorang secara kebetulan
Tidur malam termimpi-mimpi
Maka segeralah ke rumah si dia
Nyatakan hasrat mahu menyunting..

Cinta itu saya...........





0 comments:

Post a Comment