Platun 15

28. Mei 2016

Sabtu, yup semalam. Akhirnya habis dah seksa neraka katanya dalam tu. Selepas 6bulan berjaya jugak harungi walau mulut kadang ada kata give up. Tapi berjaya jugak habiskan dengan jayanya.

Pelbagai jenis kerja kau buat dari jadi cikgu, tukar jadi banker dari RHB, BSN sampai ke Bank Rakyat. Sampai sekarang kau akhirnya rasmi jadi penjawat awam. Cita-cita kau idamkan dari kecil akhirnya tercapai pada umur 25tahun. Aku turut bangga dengan segala pencapaian kau. Bukan mudah nak capai cita-cita yang kita dok tulis dekat sekolah tu. Untuk diri aku sendiri, aku masih mencari dan akan capai apa cita-cita seorang insan bernama Aslimah Ismail. 

Kadang aku hairan, macam mana orang sebesar hulk boleh join badan beruniform ? Biasanya yang dapat semua yang badan jenis susah nak nampak lemak. Kalau kau, sah-sah nampak lemak kau tu. Hahahahaha. Berani kan aku kutuk, aku kutuk takpe jangan engkau orang. Maut aku kerjakan nanti. Aku je boleh, orang lain tak payah nak cuba nasib. Tapi memang lah kau boleh masuk, kabel kau pun sebesar hulk kan.

Ulang-alik naik Bukit Aman dengan aku pun kau heret ke sana. Nasib berbaloi aku teman kau. Kau tamat latihan pun aku tak dapat pergi. Siapa suruh tarikh tamat latihan kau sama dengan final citra aku. Kira keadilan untuk aku dapat lah ditegakkan. Masa konvo diploma aku, kau tak datang kan ? So same goes with me, kau tamat latihan aku perform kertuk rebana ubi. So kita dah 1:1.

Tapi apa-apa pun, tahniah untuk segala usaha yang kau korbankan dan tunjukkan. Walau kau sebesar hulk pun, itu yang buat kau lain dari orang lain. Sebab dari jauh dah boleh nampak kau. Hahahaha. 


0 comments:

Post a Comment