...

Persoalan atau jawapan?

Aku tidak betah bertahan untuk  disini. Jiwa aku bukan jiwa teori, aku manusia yang percaya aku lebih berminat pada praktikal. Mungkin ada yang berkata, itu hanya kerana persekitaran. Meh kau datang sini, anggap diri kau jadi aku. Okay?

Mood pembelajaran kau lebih kepada praktikal, dimana kau akan betul memahami sesuatu perkara yang dipelajari. Bila mula give up, tampar diri sendiri ingatkan pada hati untuk apa kau disini? Apa tujuan kau disini? Takkan sesorang yang berbinti Ismail mudah untuk menyerah kalah.

Kalau pun diri kau hendak mengalah hanya kerana teori, kenapa kau terima untuk sambung belajar disini? Meh aku bagitau, sebaik-sebaik keputusan pabila dah buat solat istikharah kan? Yup, tu jawapan aku. Selalu ingatkan dalam diri, ada hikmah semua ini terjadi. Sentiasa ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. 

Bukan mudah untuk melaluinya, perlukan kekuatan untuk melangkah lebih jauh. Mana datang semangat? Nah ! kau pasakkan dalam diri, jangan mudah melatah dengan arus kehidupan yang telah tercatat. Laluinya setiap hari dengan jalan cerita yang menarik. Kau takkan pernah tahu betapa kuatnya aku tanamkan dalam diri, jika kau mampu untuk 3tahun lepas mengapa mustahil untuk 3tahun akan datang?

Mungkin dan ya aku tidak sebijak manusia lain, tapi aku disaat jiwa sudah terlalu lemah untuk memberi nasihat kepada diri sendiri. Scroll kembali potret keluarga, nah disitu kau akan dapat kembali kekuata. Kalau kau jenis dengar suara mak leleh air mata, baik nagis siap-siap sebelum call. Haha, sahabat kau mungkin boleh berkata teruskan perjuangan tapi hanya kau yang decide samaada berjaya laluinya atau rebah ditengah jalan.

Usia 20-an ni, berbagai liku kehidupan aku dah lalui saat berusia 18 tahun hingga sekarang. Mungkin kerana itu, aku fikir aku lebih matang dalam membuat pertimbangan untuk pelbagai aspek. Tetapi hakiktnya, aku hanyalah manusia yang tidak lepas dari membuat kesilapan. 

Tapi jap, hahahahaha semua ini hanya rekaan. Teruskan lah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan. *updateblogsampaidengarlagutemansejati

Xoxo publish....




0 comments:

Post a Comment