Pada hematku dia sempurna? Apa yang sempurna?
Sesempurna cintamu kepada ku... Cia cia cia, hahaha.
Sudah lah dengan kemerapuan itu, sudah cukup !
Dia....
Bukan cinta pandang pertama,
Bukan juga menarik hati,
Bukan sekacak Adi Puta,
Malahan bukan jugak menarik minatku.
Tapi....
Dari mata jatuh ke hati?
Bukan begitu detik perkenalan,
Bukan juga membuat berdegup kencang,
malahan perasaan benci menguasai.
Lumrah...
Lelaki bermulut manis,
Lelaki mengambil berat,
Konon best man win,
Mereka fikir mereka segalanya.
Satu...
Episod bermula,
Dimana pertolongan dihulur,
Membantu dikala memerlukan,
Nah dia punyai waktu yang tepat,
Dan bermula hikayat dua insan.
Alhamdulilah...
4 tahun usia sebuah perhubungan,
Akhir sujud seringkali memohon,
Agar hubungan yang dimeterai berterusan,
Sehingga ke Jannah.
Walau...
Saat pertama persoalkan pakaian,
Mengapa? Bagaimana?
Akhirnya kerana match maker,
Kami berdiri teguh sesama sendiri,
Membuat siapa diri kami hari ini.
Akhirnya..
Selepas bertahun bersulam kasih ,
Berendam air mata,
Mudahan segalan perancangan,
Berakhir dengan senyuman.
Mei 2016...
6 bulan terpenjara rindu,
Demi kasih dan masa depan,
Sarjan misai bakal gelaran,
Tahniah buat akhir kalam.....
0 comments:
Post a Comment