Putus

Situasi I :     Pertengkaran antara Man dengan Ibunya

Jangan kerana terlalu mengikut perasaan, kau tergamak memutuskan hubungan persaudaraan yang telah terjalin sekian lama. 
Argghhh, aku tidak kira. Mak fikir aku suka sama dia? Sedikit pun aku tidak punyai nafsu memandang dia.
Anak tidak mengenang budi ! Berani kau berkata begitu pada bakal menantu aku.
Kalau kau berani tidak hadirkan diri masa majlis tu nanti, putus kepala kau aku kerjakan Man.
Putus kepala ka, putus segalanya aku sudah tidak peduli mak. Aku sudah ada kekasih hatiku sendiri. Aku mencintainya sepenuh jiwa raga.
Habis kau tidak fikir aku membesarkan kau bagai menatang minyak yang penuh? Bila sudah berjaya, kau mahu melawan kata-kata aku.
Jangan kau berani bawa perempuan tu datang sini, putus nyawa budak tu aku kerjakan nanti.

Situasi II : Perbualan antara Man dengan kekasihnya

Siti, bukan aku meminta untuk keadaan ini terjadi pada kita.
 Sudah itu Man, kau relakan ibumu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kita? 
Benar kau tidak mahu berfikir untuk kesekian kalinya? Apa kau tidak sayang akan perhubungan ini? Sungguh tegar kau ucapkan kata putus dari mulutmu.

Siti, ingatlah bahawa kita memutuskan perhubungan ini bukan dengan kerelaan, tetapi putus terpaksa. Aku menyanyangimu, tetapi aku lebih sayang kepada orang tuaku. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Senang kata kau ya Man, dengarkan lah bahwa aku sudah siap hidup tanpa dirimu lebih baik putus. Pergilah kepadanya pilihan orang tuamu yang lebih sempurna, aku pilih derita.



Nah tuju lagu buat kamu. Hayati sedalamnya....


0 comments:

Post a Comment