Peluang

Jika diberikan ku satu peluang

Kau percaya kepada peluang kedua? Kehidupan ini, semua manusia layak diberi peluang kedua. Tidak kira lah dalam percintaan, pelajaran dan liku kehidupan. Mungkin saat pertama kurang dihargai, maka apa salahnya berikan mereka peluang kedua.

Kebiasannya, apabila diberikan peluang kedua. Maka, peluang kedua tidak akan disiakan dan akan digunakan sebaiknya. Misal kata, dalam pelajaran tidak semua orang akan berjaya hanya dalam sekali percubaan, melainkan kau dilahirkan semulajadi dengan otak cerdik pandai.

Throwback kisah cikgu sekolah rendah, Cikgu Hanif. Dilahirkan dengan tidak pandai membaca sehingga sekolah menengah. Tapi dengan peluang dan ruang diberikan, hanya percaya kepada kata hati akhirnya berjaya menjadi seorang guru. Weel said, kan aku dah kata setiap manusia layak mendapat peluang even kau kata dia not deserved that. Kau tuhan ke untuk menghukum sesorang?

Tetapi, ada jugak peluang yang diberikan hanya sia-sia. Itu bergantung kepada effort kau samaada nak mengubah atau hanya membiarkan. Kadang kau fikir, mungkin kalau ada peluang kau akan melakukan penambaikan. Kadang kau leka, dengan peluang yang diberikan, kau jadi tamak untuk terus mengubah 360 darjah dari azalinya.

Andai kata, dalam percintaan kau diberi peluang mungkinkah akan ada kelebihan disitu? Mungkin kerana kau sudah mengenali pasangan kau atau mungkin perhubungan akan lebih retak berbanding dulu? Kau fikir, mungkinkah perlu wujudnya peluang dalam meluruskan perhubungan? Kau pilih, peluang atau nasib? Hanya kau mampu menjawab persoalan.

Jika diberikan peluang, ingin sekali kembali ke saat kanak-kanak dimana kita tidak perlu risau akan segalanya. Hanya bermain untuk kelangsungan hidup. Tidak perlu memirkan sama ada masih wujudkan peluang untuk kau dimasa hadapan. 

Noktahkan peluang dengan perkara yang kau tidak akan sesali seumur hidup. Indahkan peluang yang diberikan, dengan cerita yang kau boleh banggakan kelak pabila bercerita dengan anak cucu kau nanti....

0 comments:

Post a Comment