0 comments

Buah Zaitun

Ini apa? Buah zaitun, klasik kan? Sir kata pemilihan buah pun klasik macam nama aku. *julingkanmataletak tangandibahu
Kali ni, kasi information yang berguna pasal buah zaitun. Baru rasa macam student universiti. Nama saintifik bagi buah zaitun Olea europaea.


“Makan dan berminyaklah dengan zaitun kerana ia berasal dari pohon yang diberkati “. (HR. Tirmidzi).

Pokok Zaitun pertama dijumpa di daerah Crete, Yunani sekitar 5000 atau  7000 tahun lalu.  Pohon zaitun kemudian menyebar ke daerah Amerika, Syria, Palestin dan Israel, namun pusat penanaman pohon Zaitun tetap berada di negara negara Medditerania seperti Sepanyol, Portugis, Turki, Itali dan Yunani.

Khasiat minyak zaitun 

  1. Bidang perubatan : 

  • Sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin  dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
  • Mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya
  • Kaya dengan bahan ‘phenol' - dapat mencegah penyakit jantung.
 " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). (HR. Abu Hurairah)

0 comments

0 1

23 Mac 2015 merupakan tarikh yang akan diingati untuk seluruh bangsa Johor. Tak terkecuali aku. Apa sebab? 23 mac adalah hari berlangsungnya kemahkotaan Sultan Johor. Sebagai bangsa johor, aku sentiasa berbangga menjadi anak Johor. Kau nak kata aku kenegerian? Silakan, dan tanya pada diri sendiri. Kau tak bangga ke dengan negeri kelahiran sendiri? 

Guys, tapi kena ingat. Apa sebab Raja Zarith Sofiah digelarkan Permaisuri Johor? Bukan suka suka nak bagi permaisuri. Baca salah silah baginda, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kepada Sultan Perak. 

Arena bole sepak untuk Johor mula dikenali menerusi usaha Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam membangunkan segala infrastruktur bagi kemudahan kelab JDT. Even aku bukan peminat bola sepak, tapi bila tang game JDT sokong tetap sokong beb. Kalah menang, adat pertandingan. Kalah boleh cuba lagi dalam next game. "Ayuh Johor,ayuh Johor luaskan kuasamu Johor, kami ada kami ada, tetap bersamamu Johor". 

0 comments

Pasrah

Pasrah itu bila kita menerima sesuatu walaupun hati kita terasa pedih dah perit.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.

So, dalam dunia ni takkan kau nak jadi  loser sepanjang hidup? 
Pasrah dalam berserah. Nak pasrah apa dalam dunia ni ? Semua benda, perkara yang terjadi dalam kehidupan ini ada hikmah di sebaliknya. Bila jadi student, kau kan pasrah pabila saat kau melangkah kaki keluar dari dewan peperiksaan. Pasrah atau tawakal? Hanya kau sendiri yang tahu. 

Kehidupan ini, sepenuhnya jangan hanya mampu pasrah dalam setiap perkara. Kelak nanti, pabila apa yang kau hajatkan tidak kau kecapi kau akan kecewa yang teramat. Masa itu kau akan sedar, pasrah hanya milik setiap insan yang senang untuk berputus asa. 

Well, pasrah pada aku banyak cabang. Paling senang nak nampak bila dalam perhubungan. Kau crush kat sorang mamat ni, tapi kau tak pernah nak luahkan dekat dia. Nah masa tu pulak kau nampak dia bersama dengan mesranya dengan seorang perempuan, hahaha masa tu tahap kepasrahan kau teramat lah tinggi. Yelah, takkan kau nak pergi serang crush kau. Kau hanya stalker dia, kau bukan sesiapa pada dia.

Pasrah dalam bercinta? Tidak untuk aku yang dah capai usia sebegini. Bukan lah terlalu tua, masih dalam sedang-sedang elok untuk mendirikan rumah tangga. Peh gila, engkau nak kahwin ke aslimah? Bila kita dah berusaha ke arah itu, jangan hanya pasrah bila terjadi sesuatu yang menggugat perhubungan. Dunia ini hanya pentas lakonan. Jangan kau menunduk kepada kepasrahan kau sahaja, tapi berusaha sebaiknya. Tapi hakikatnya, Allah is the best planner. 

Oh aah, bila sebut pasrah ni teringat pulak dekat lagu Erra Fazira. Meh aku payung sikit lagu dia. Layankan dulu, feeling sikit dan pejamkan mata. PASRAH.


0 comments

Novel

Bagaikan Puteri 
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghayut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung"

Cinta Sang Ratu
"Laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara dilautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik, rasulNya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian. "

Hijab Sang Pencinta 
"Dendam itu bara , Marah itu api "

Cinta Sufi
"Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit"

Sutera Bidadari
"Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz dihati nan kerdil ini"

Sunan Musafir
"ALLAH menciptakan cinta, dan cinta itu fitrah manusia"

Sunan Nanggroe Sang Kembara
"Lebih baik tersilap ampun dari tersilap hukum"

7 novel Trivia Bagaikan Puteri.  Novelis thriller malaysia, Ramlee Awang Murshid. Well yang menariknya, RAM dia kelulusan dari UKM. Semua novel bukan keseluruhan pasal cinta. Tapi setiap novel, akan ada selit unsur kecintaan kepada manusia dengan Sang Pencipta.

Baca kata-kata dari petikan kulit depan novel, terusik jiwa. Jenis membesar dengan segala macam bacaan novel. Buku ilmiah jugak yang aku tak selak. Haha. Tapi membantu sangat baca novel sebenarnya, sebab banyak ayat puitis yang berbunga-bunga. Kegunaan yang berguna bila time SPM, jawab paper BM. Perghh time tu segala jenis kosa kata, ayat segala macam romantik kau pakai. 

0 comments

Lemau


"Chia, lemau doe kau ni arini, melepet je macam pisang". 

"Apa dam kau cakap aku? Habis kau rangup sangat lah ? Acah bagus je perempuan ni. Haha, poyo." "Kau ingat aku apa? Ada lemau segala bagai ni ? Sudah lah kau, lemau lemau. Kang end up aku spicy kau yang kalah."

"Wei ! Apa menatang ayat kau sebut lemau lemau tu weyh ?" Biskut ke apa ?

"Lemau tu macam kau lah, cuba kau tengok diri kau. Haha, macam tu lah lemau."

"Cipet punya member, aku tanya bebetul ni beb."

"Alah gurau sikit pun tak boleh, madang nak touching je. Meh sini sayang, mama peluk meh. Muahmuah love u." *kenyitmatasikit  

0 comments

Life Cycle

"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. 
Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua" 
- HAMKA - 

Kata-kata Hamka yang aku tanamkan dalam diri. Tipu kalau tak pernah merasa kegagalan, kekecewaan, kesedihan. Semua melaluinya, cuma cara kita atasi mungkin berbeza. 

Dari pengalaman akan mendewasakan pemikiran. Kalau dah umur 20-an pemikiran masih level budak-budak baik tak payah dewasa. Tapi kalau pemikiran jenis terlalu dewasa, tak syok pulak rasa sebab kau tak kan rasa keawesome-an hidup. Mana taknya, nak serious 365hari. Mana maunya, berkedut cepat lah alamatnya. 


0 comments

Lesu

Peribahasa Melayu ada menyatakan 

"Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa".

Istilah lesu pada aku akan datang setiap hari Selasa. Apa kes? Haha, itu sebab hari selasa kelas dari pagi sampai malam. Sadis ke tak tetap kena hadap. Baru lah namanya student life. Tapi selasa pagi, 8-11 belum rasa istilah lesu tu bila kau kelas Sir Azzwan. Hahahaha. *belijiwasirsikit

Ikutkan sangat rasa kelesuan tu nanti jadi penyebab kepada kemalasan yang bertingket-tingket. Meh kita cerita cara nak atasi lesu dari aspek pemakanan. Acah-acah health consultant. Well, itu lah hakikat bila kita menulis. Kita boleh jadi apa peranan sekalipun. Bukan hanya jadi pelakon yang boleh lakonkan semua watak.

Okay, kelesuan boleh diatasi dengan minum air suam dan berehat,misalnya tidur. Kalau dah kelas dari pagi sampai malam, celah mana kau nak tidur? Haha.


0 comments

Sahabat

Erti sahabat andaian aku lah tapinya :
"Sahabat umpama ubat gigi. Tanpa ubat gigi rutin harian akan terganggu"
Haha, gelak bila baca quote aku ? At least aku tak ciplak idea orang lain. Sebab apa quote aku macam tu? Kau gosok gigi hari-hari kan? Guna apa? Ubat gigi kan? Nah tu lah jawapan bagi persoalan yang berlegar dekat kepala korang tu.

Setiap manusia punyai sahabat, tipu kalau tiada seorang pun sahabat. Istilah sahabat lebih mendalam dari kawan. Sahabat tempat kau boleh kutuk, maki, carutan sering kali dan kadang-kala family kau lebihkan dia dari kau. Sahabat itu lah tempat berkongsi segalanya. Tapi tidak kekasih ! Gila kau nak kongsi kasih? Mana maunya. Kahkahkah. Kawan pada aku, boleh jadi sesiapa pun yang kau jumpa lepas tu jadi kawan dandan time tu jugak.

Sahabat aku masa diploma dan alhamdulilah masih kekal sampai harini. Si mek Kelantan, Bella. Orangnya kecik molek je. Si comel gebu gebas, Ain. Makcik kepada Hana dan Ammar. Si tinggi lampai bak model, Qiqi. Aha tak ketinggilan mak buyung sorang tu isteri Hanapi, Yana. 


0 comments

A.K.U

AKU


Siapa aku ?

Nah bulatkan mata dan hadamkan.

Nama didaftarkan sebagai Aslimah Binti Ismail. 
Seunik nama dan personaliti. Pasti tertanya apa maksudnya?
Well said, selama 24 tahun empunya diri sendiri tidak pernah lelah mencari maksud disebalik nama.

Puas ditanya emak ayah. Bilang mereka "tak ingat lah E'eim", "nama tu pun arwah Tok Ayah yang bagi". Rasanya maksud nama aku disemadikan sekali dengan pemikiran arwah Tok Ayah.
Emak cakap sebenarnya ada tiga pilihan nama yang arwah bagi :


                                                                              1. Asmah
                                                                            2. Amanah 
                                                                            3. Aslimah