0 1

23 Mac 2015 merupakan tarikh yang akan diingati untuk seluruh bangsa Johor. Tak terkecuali aku. Apa sebab? 23 mac adalah hari berlangsungnya kemahkotaan Sultan Johor. Sebagai bangsa johor, aku sentiasa berbangga menjadi anak Johor. Kau nak kata aku kenegerian? Silakan, dan tanya pada diri sendiri. Kau tak bangga ke dengan negeri kelahiran sendiri? 

Guys, tapi kena ingat. Apa sebab Raja Zarith Sofiah digelarkan Permaisuri Johor? Bukan suka suka nak bagi permaisuri. Baca salah silah baginda, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kepada Sultan Perak. 

Arena bole sepak untuk Johor mula dikenali menerusi usaha Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam membangunkan segala infrastruktur bagi kemudahan kelab JDT. Even aku bukan peminat bola sepak, tapi bila tang game JDT sokong tetap sokong beb. Kalah menang, adat pertandingan. Kalah boleh cuba lagi dalam next game. "Ayuh Johor,ayuh Johor luaskan kuasamu Johor, kami ada kami ada, tetap bersamamu Johor". 

Tanggal 5 Disember 2015, Johor dikejutkan dengan berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Baginda mangkat di wad diraja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Baginda mangkat kerana kanser, tapi ada kesan mendalam yang Almarhum tinggalkan kepada bangsa Johor. Wujudnya Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor menjadi ingatan yang tidak akan luput ditelan dek zaman.  

Bagi satu-satunya puteri dalam keluarga Sultan Johor, Tunku Puteri Tunku Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda berjaya dalam bidang fesyen dan turut dikenali sebagi ikon fesyen. Baru-baru ini, baginda berkerjasama dengan Jovian Mandagie untuk kolaborasi bersama dalam fesyen yang dikenali sebagi koleksi Tunku Tun Aminah X Jovian. 

Apa pun yang terjadi, aku tetap berbangga dilahirkan dengan IC bercetak 01. Banyak pembangunan,  infrastruktur dalam negeri Johor yang tengah pesat membangun. Johor tetap jadi Johor!  Haha. Well, actually banyak lagi kalau nak diceritakan. Tapi cukup lah. Belum lagi bab kawen ada tol berlapis-lapis. Kepada future husband, be alert. 

0 comments:

Post a Comment