Pasrah

Pasrah itu bila kita menerima sesuatu walaupun hati kita terasa pedih dah perit.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.

So, dalam dunia ni takkan kau nak jadi  loser sepanjang hidup? 
Pasrah dalam berserah. Nak pasrah apa dalam dunia ni ? Semua benda, perkara yang terjadi dalam kehidupan ini ada hikmah di sebaliknya. Bila jadi student, kau kan pasrah pabila saat kau melangkah kaki keluar dari dewan peperiksaan. Pasrah atau tawakal? Hanya kau sendiri yang tahu. 

Kehidupan ini, sepenuhnya jangan hanya mampu pasrah dalam setiap perkara. Kelak nanti, pabila apa yang kau hajatkan tidak kau kecapi kau akan kecewa yang teramat. Masa itu kau akan sedar, pasrah hanya milik setiap insan yang senang untuk berputus asa. 

Well, pasrah pada aku banyak cabang. Paling senang nak nampak bila dalam perhubungan. Kau crush kat sorang mamat ni, tapi kau tak pernah nak luahkan dekat dia. Nah masa tu pulak kau nampak dia bersama dengan mesranya dengan seorang perempuan, hahaha masa tu tahap kepasrahan kau teramat lah tinggi. Yelah, takkan kau nak pergi serang crush kau. Kau hanya stalker dia, kau bukan sesiapa pada dia.

Pasrah dalam bercinta? Tidak untuk aku yang dah capai usia sebegini. Bukan lah terlalu tua, masih dalam sedang-sedang elok untuk mendirikan rumah tangga. Peh gila, engkau nak kahwin ke aslimah? Bila kita dah berusaha ke arah itu, jangan hanya pasrah bila terjadi sesuatu yang menggugat perhubungan. Dunia ini hanya pentas lakonan. Jangan kau menunduk kepada kepasrahan kau sahaja, tapi berusaha sebaiknya. Tapi hakikatnya, Allah is the best planner. 

Oh aah, bila sebut pasrah ni teringat pulak dekat lagu Erra Fazira. Meh aku payung sikit lagu dia. Layankan dulu, feeling sikit dan pejamkan mata. PASRAH.


0 comments:

Post a Comment