Buah Zaitun

Ini apa? Buah zaitun, klasik kan? Sir kata pemilihan buah pun klasik macam nama aku. *julingkanmataletak tangandibahu
Kali ni, kasi information yang berguna pasal buah zaitun. Baru rasa macam student universiti. Nama saintifik bagi buah zaitun Olea europaea.


“Makan dan berminyaklah dengan zaitun kerana ia berasal dari pohon yang diberkati “. (HR. Tirmidzi).

Pokok Zaitun pertama dijumpa di daerah Crete, Yunani sekitar 5000 atau  7000 tahun lalu.  Pohon zaitun kemudian menyebar ke daerah Amerika, Syria, Palestin dan Israel, namun pusat penanaman pohon Zaitun tetap berada di negara negara Medditerania seperti Sepanyol, Portugis, Turki, Itali dan Yunani.

Khasiat minyak zaitun 

  1. Bidang perubatan : 

  • Sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin  dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
  • Mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya
  • Kaya dengan bahan ‘phenol' - dapat mencegah penyakit jantung.
 " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). (HR. Abu Hurairah)

      2. Bahan makanan 
  • Penambah zat makanan,mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
  • Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang
  • Mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
  • Mengandungi bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
    3. Kosmetik
  • Bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.
  • Melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan.
    4. Masakan ( Penggunaan sebagai minyak masak )
  • Boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.
  • Kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Kualiti minyak zaitun

  1. Jenis terbaik dikeluarkan daripada buah yang masak. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai serta lebih berkhasiat.
  2. Buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering.
Buah Tin Segar
Walaubagaimanapun pernah dengar tentang buah Tin? Buah Tin, yang namanya tercantum dalam Al-Qur`an disamping Buah zaitun. 
“Demi (Buah) Tin dan (Buah) Zaitun” (95:1)

Buah Tin Kering 







Buah Tin tidak terkecuali banyak khasiat antaranya :
  • Menambah darah - ransang heamoglobin.
  • Mengubati asma - bantu nafas secara normal.
  • Anti bakteria - hapuskan bakteria dalam tubuh badan.
  • Lancarkan pencernaan - sembuhkan sembelit atau masalah usus.
Sebab apa aku berminat pasal buah zaitun dengan buah tin ? Bukankah dua buah tersebut disebut dalam al-Quran tentang betapa banyaknya khasiat dan penyakit yang boleh dicegah dengan pengambilan buah tersebut. Keluarga aku juga tidak terkecuali dalam menggunakan makanan-makanan sunnah seperti minyak zaitun, buah tin, cuka delima, cuka epal. cuka anggur. Biasanya, beli dekat Gombak kedai Pak Arab sana. Handsome pun ye jugak. Hahaha...












0 comments:

Post a Comment