Lemau


"Chia, lemau doe kau ni arini, melepet je macam pisang". 

"Apa dam kau cakap aku? Habis kau rangup sangat lah ? Acah bagus je perempuan ni. Haha, poyo." "Kau ingat aku apa? Ada lemau segala bagai ni ? Sudah lah kau, lemau lemau. Kang end up aku spicy kau yang kalah."

"Wei ! Apa menatang ayat kau sebut lemau lemau tu weyh ?" Biskut ke apa ?

"Lemau tu macam kau lah, cuba kau tengok diri kau. Haha, macam tu lah lemau."

"Cipet punya member, aku tanya bebetul ni beb."

"Alah gurau sikit pun tak boleh, madang nak touching je. Meh sini sayang, mama peluk meh. Muahmuah love u." *kenyitmatasikit  

"Chia, cuba kau ask mr.google, what is meaning of lemau? Aku search dah. Lemau tu not crispy due exposure to air. Related words dia garing doe. Garing ke daring ni weyh?"

 "So tadi kau cakap aku lemau, then aku daring ke apa? Daring ke wei, daring ea? Kan Dam kan? Kan kan?"

"Jadahmu daring, garing lah mangkuk. Kau nak jadi daring, pergi sana menari tiang" *pandangslack

"Eh, ada lagi ni. Lemau sejenis biskut? Natang apa weyh biskut nama lemau ni? Tak pernah dengar pun. Sedap macam biskut rokok ke apa? "

"Salah tu, baca bawah dia tu kata apa?" 

"Gila kau kata apa, tu tulisan lah." 

"Whatever, ha baca cepat. Tampar kang, menangis ngadu kat mak"

"Okay, baca lah ni. Lemau merupakan sifat kepada biskut, keropok, kerepek yg dh tak keras macam biasa."

"Halamak cakap je lah masuk angin, kan senang. Kau ni pun."

"Tak kan aku nak cakap, kau ni masuk angin lah? Tak hipster lah susunan ayat aku nanti. Come on Chia, 2016 kot."

"Yelah, tapi apa kaitan aku dengan lemau?"

"Haha, itu sebab kau lembik tak bermaya harini. Biasa kan kau pantang bangun, mulut meritau je tak berhenti. Tak ke sama macam lemau . Pehal kau?"

"Mana ada, aku okay je. Sesekali jadi lemau tak salah kan? 
Aku lemau itu kerana diriku sekeping biskut empat segi yang sudah dicelup masuk ke dalam milo panas. Phewww". 

"Sudah lah merepek Chia, lemau benau kau ni".

“Selemau-lemau aku pun, kau sayang aku kan? Aku tau itu bah. Haha.”

-The End-

0 comments:

Post a Comment