"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.
Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua"
- HAMKA -
Kata-kata Hamka yang aku tanamkan dalam diri. Tipu kalau tak pernah merasa kegagalan, kekecewaan, kesedihan. Semua melaluinya, cuma cara kita atasi mungkin berbeza.
Dari pengalaman akan mendewasakan pemikiran. Kalau dah umur 20-an pemikiran masih level budak-budak baik tak payah dewasa. Tapi kalau pemikiran jenis terlalu dewasa, tak syok pulak rasa sebab kau tak kan rasa keawesome-an hidup. Mana taknya, nak serious 365hari. Mana maunya, berkedut cepat lah alamatnya.
Jatuh bangun hidup semua orang akan laluinya. Jangan hidup terlalu bongkak ibarat menompang langit. Takut nanti apabila terjatuh, kau tak mampu untuk bangkit semula. Kau hanya mampu meratapi nasib tanpa berfikir puncanya. Kadang kerana itu, manusia hilang pertimbangan sehinggakan sanggup mencabut nyawa sendiri. Nauzubillah.
Terkadang bila kau terlalu mencerca orang, kelak satu hari nanti akan datang karma. Masa itu baru lah kau akan sudah terngantuk baru terngadah. Malahan orang yang kau hina selama ini, dia jugak lah manusia yang membantu kau semampunya. Bila berjumpa secara kebetulan, kau tak kan berani untuk menegur malahan bertentang mata. Malu bukan?
Hidup ini, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Kadang bila kau dah pernah gagal, dan kau gagal lagi. Jangan pernah untuk berputus asa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kerana kegagalan yang berkali tu, akan buatkan lebih bersemangat untuk mencapai matlamat hidup yang dok kau rangkakan.
Bila dapat mencapai segala matlamat, jangan pernah kau lupakan pada asal-usulmu. Siapa ibu bapamu? Keluargamu? Tanamkan dalam diri, tanpa mereka kau takkan ada dimana kau berdiri dengan megah satu hari nanti. Paling utama, jangan kau lupa pada sang-Pencipta. Kerana Dia-lah sebaik-sebaik perancang. Assalam...
0 comments:
Post a Comment