Erti sahabat andaian aku lah tapinya :
"Sahabat umpama ubat gigi. Tanpa ubat gigi rutin harian akan terganggu"
Haha, gelak bila baca quote aku ? At least aku tak ciplak idea orang lain. Sebab apa quote aku macam tu? Kau gosok gigi hari-hari kan? Guna apa? Ubat gigi kan? Nah tu lah jawapan bagi persoalan yang berlegar dekat kepala korang tu.
Setiap manusia punyai sahabat, tipu kalau tiada seorang pun sahabat. Istilah sahabat lebih mendalam dari kawan. Sahabat tempat kau boleh kutuk, maki, carutan sering kali dan kadang-kala family kau lebihkan dia dari kau. Sahabat itu lah tempat berkongsi segalanya. Tapi tidak kekasih ! Gila kau nak kongsi kasih? Mana maunya. Kahkahkah. Kawan pada aku, boleh jadi sesiapa pun yang kau jumpa lepas tu jadi kawan dandan time tu jugak.
Sahabat aku masa diploma dan alhamdulilah masih kekal sampai harini. Si mek Kelantan, Bella. Orangnya kecik molek je. Si comel gebu gebas, Ain. Makcik kepada Hana dan Ammar. Si tinggi lampai bak model, Qiqi. Aha tak ketinggilan mak buyung sorang tu isteri Hanapi, Yana.
Perkenalan kami bermula dari sebilik masa daftar semester 1 dekat POLISAS. Tapi bukan semua sebilik. Cuma aku dengan Qiqi je. Si Yana dengan Ain jiran bilik sebelah. Bella tercampak tingkat atas. Lantaran dari perkenalan pertama, terus membawa hubungan persahabatan sehingga kini.
Aku dengan Qiqi alhamdulilah meneruskan perjuangan dalam mengejar untuk mengenggam segulung ijazah selepas Diploma E-dagang. Ain sama Bella menjadi wanita berkerjaya. Yana si tua tu, haha menjadi suri rumah dengan jayanya. Perempuan tu paling aku geram, boleh dia berhenti bila dah sem 5. Gila betul. Nasib ada laki kau jaga kau Yana oi. Hahaha.
Banyak peristiwa, emosi, malahan air mata sepanjang persahabatan. Penceritaan mengenai sahabat ni akan berterusan ke tua. Eh aah ! Bulan 4, Bella nak dirisik. Tahniah Bella ! Bulan 4 jugak anak kedua Yana nak jenguk dunia.
Situasi sekarang walaupun berjauhan, apa kisah ? Teknologi diwujudkan untuk tidak memutuskan setiap hubungan. Susah apa, Whatapps kan ada. Teknologi dihujung jari dah beb. Layankan karenah sahabat kau selagi kau mampu. Bila dah rasa penat nak layan kau ajak makan. Senyap semua time makan.
Sahabat bukan senang untuk ditukar ganti. Hargai setiap pengorbanan, pengalaman yang telah dilalui dan yang bakal ditempuh. Nikmat apa yang kau nak dustakan bila dikurniakan sahabat yang tahan dengan kegilaan kau?
Sekian....
0 comments:
Post a Comment