0 comments

Angka 24

24 ... 
Itu usia aku. 
Yang semakin hari semakin menginjak dewasa.
Masih meneruskan perjalanan menjadi seorang pelajar.
Melalui pelbagai pengalaman hidup dari saat usia 18 tahun.
Dari saat kecil,akulah anak yang selalu sakit.
Tapi sekarang tumbesaran sudah mengalahkan emak sendiri.
Sudah pandai bercinta dan mencintai.
Cewahhhh...
Jenis bercinta dan setia, akulah orangnya.
Tangguh niat kahwin, kerana ikatan yang telah dimeterai.
Menanti tempoh dua tahun lagi untuk
 status bertukar.
Sejenis manusia punyai nafsu makan kalah si badang.
Setiap tahun tarikh keramat 27 Julai sentiasa dinanti.
26 Muharram lahirnya aku ke dunia fana ini.
Hidup sentiasa punyai pelbagai corak dan warna kehidupan.
Bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang yang sentiasa dilimpahi.

Tapi satu ku kesali.......


Mengapa dan bagaimana untuk membuat milo sesedap milo trak zaman sekolah itu?
Bersama kita nantikan.
Tapi tiada apa yang perlu dinanti.
Kerana ini post akhir bagi blog insan bernama E'eim.....
Xoxo republish. 
:)

0 comments

Noktah

Noktahnya perjalanan seorang insan yang bergelar seorang manusia pabila dia sudah sampai ke penghujung usianya...

Noktahnya hidup seorang wanita bujang pabila dia bergelar isteri kepada sang suami...

Noktahnya waktu untuk menikmati makanan pabila jam menunjukkan waktu sudah imsak di bulan puasa...

Noktahnya amalan yang berlipat ganda pabila Ramadhan tiada dan munculnya Syawal...

Noktahnya suasana meriah dibilik jahitan ibu pabila esok diumumkan raya...

Noktahnya latihan polis pabila sang jejaka sudah menamatkan latihannya dengan jayanya...

Noktahnya sebuah perhubungan pabila salah seorang pasangan curang dan mencurangi...

Noktahnya ikatan kekeluargaan pabila si anak menderhakai kata-kata sang ibunya..

Noktahnya assignment pabila tidak perlu update blog seminggu 2 post lagi...

Noktahnya semester ini apabila kita sudah hampiri final exam. Yahooo...

Tetapi,  tiada istilah noktah dalam kehidupan jika kita sentiasa mulakan sesuatu.....  

0 comments

Sesal


Penyesalan? Menyesal? 
Kata dasarnya tetap sesal

Atas sebab apa kau rasa sesal?
Perjalanan hidup?
Kau rasa dunia tidak adil?
Kau kejam manusia
Kerana rasa sesal
Kau menghukum fitrah putaran kejadian

Perkara yang lalu buat kau rasa sesal?
Yup, akan sentiasa ada perasaan tersebut
Jika tiada kau bukan kategori normal
Itu abnormal

Manusia tiada yang sempurna
Ingat lah 

Kau boleh elak dari rasa menyesal
Sesalan dan penyesalan
Dengan kau nikmati dan hayati
Sepenuhnya nikmat yang Allah berikan

Jika suatu masa 
Datang perasaan sesal
Itu fitrah
kerana
Kau bukan malaikat
Tapi kau adalah sebaik-baik ciptaan
Sehinggkan 
Syaitan enggan sujud dan memperakui 
Malahan telah berjanji
Akan menyesatkan sehingga kiamat

Maka dengan kewujudan perasaan sesal
Kau akan berusaha lebih
Untuk mengelakkan sesalan kau tidak berbaloi

Dalam kehidupan 
Yang bumi semakin nazak 
Dengan segala propaganda
Kau sebagai manusia 
Dikurniakan akal
Buat perkara 
Yang mengelakkan perasaan sesal
Menghantui kehidupan seharian

Sesalan kadang berguna untuk kebaikan dan lahirnya insan dengan pemikiran lebih segar dan baik. Jadinya nikmati dan hayati putaran kehidupan tanpa rasa penyesalan. 

Menyesal dengan dosa lampau?
Allah sentiasa mendengar doa hambanya
Tiada istilah terlambat 
Sesalan itu telah menjadikan manusia menjadi lebih baik.......

0 comments

Platun 15

28. Mei 2016

Sabtu, yup semalam. Akhirnya habis dah seksa neraka katanya dalam tu. Selepas 6bulan berjaya jugak harungi walau mulut kadang ada kata give up. Tapi berjaya jugak habiskan dengan jayanya.

Pelbagai jenis kerja kau buat dari jadi cikgu, tukar jadi banker dari RHB, BSN sampai ke Bank Rakyat. Sampai sekarang kau akhirnya rasmi jadi penjawat awam. Cita-cita kau idamkan dari kecil akhirnya tercapai pada umur 25tahun. Aku turut bangga dengan segala pencapaian kau. Bukan mudah nak capai cita-cita yang kita dok tulis dekat sekolah tu. Untuk diri aku sendiri, aku masih mencari dan akan capai apa cita-cita seorang insan bernama Aslimah Ismail. 

Kadang aku hairan, macam mana orang sebesar hulk boleh join badan beruniform ? Biasanya yang dapat semua yang badan jenis susah nak nampak lemak. Kalau kau, sah-sah nampak lemak kau tu. Hahahahaha. Berani kan aku kutuk, aku kutuk takpe jangan engkau orang. Maut aku kerjakan nanti. Aku je boleh, orang lain tak payah nak cuba nasib. Tapi memang lah kau boleh masuk, kabel kau pun sebesar hulk kan.

Ulang-alik naik Bukit Aman dengan aku pun kau heret ke sana. Nasib berbaloi aku teman kau. Kau tamat latihan pun aku tak dapat pergi. Siapa suruh tarikh tamat latihan kau sama dengan final citra aku. Kira keadilan untuk aku dapat lah ditegakkan. Masa konvo diploma aku, kau tak datang kan ? So same goes with me, kau tamat latihan aku perform kertuk rebana ubi. So kita dah 1:1.

Tapi apa-apa pun, tahniah untuk segala usaha yang kau korbankan dan tunjukkan. Walau kau sebesar hulk pun, itu yang buat kau lain dari orang lain. Sebab dari jauh dah boleh nampak kau. Hahahaha. 


0 comments

...

Persoalan atau jawapan?

Aku tidak betah bertahan untuk  disini. Jiwa aku bukan jiwa teori, aku manusia yang percaya aku lebih berminat pada praktikal. Mungkin ada yang berkata, itu hanya kerana persekitaran. Meh kau datang sini, anggap diri kau jadi aku. Okay?

Mood pembelajaran kau lebih kepada praktikal, dimana kau akan betul memahami sesuatu perkara yang dipelajari. Bila mula give up, tampar diri sendiri ingatkan pada hati untuk apa kau disini? Apa tujuan kau disini? Takkan sesorang yang berbinti Ismail mudah untuk menyerah kalah.

Kalau pun diri kau hendak mengalah hanya kerana teori, kenapa kau terima untuk sambung belajar disini? Meh aku bagitau, sebaik-sebaik keputusan pabila dah buat solat istikharah kan? Yup, tu jawapan aku. Selalu ingatkan dalam diri, ada hikmah semua ini terjadi. Sentiasa ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. 

Bukan mudah untuk melaluinya, perlukan kekuatan untuk melangkah lebih jauh. Mana datang semangat? Nah ! kau pasakkan dalam diri, jangan mudah melatah dengan arus kehidupan yang telah tercatat. Laluinya setiap hari dengan jalan cerita yang menarik. Kau takkan pernah tahu betapa kuatnya aku tanamkan dalam diri, jika kau mampu untuk 3tahun lepas mengapa mustahil untuk 3tahun akan datang?

Mungkin dan ya aku tidak sebijak manusia lain, tapi aku disaat jiwa sudah terlalu lemah untuk memberi nasihat kepada diri sendiri. Scroll kembali potret keluarga, nah disitu kau akan dapat kembali kekuata. Kalau kau jenis dengar suara mak leleh air mata, baik nagis siap-siap sebelum call. Haha, sahabat kau mungkin boleh berkata teruskan perjuangan tapi hanya kau yang decide samaada berjaya laluinya atau rebah ditengah jalan.

Usia 20-an ni, berbagai liku kehidupan aku dah lalui saat berusia 18 tahun hingga sekarang. Mungkin kerana itu, aku fikir aku lebih matang dalam membuat pertimbangan untuk pelbagai aspek. Tetapi hakiktnya, aku hanyalah manusia yang tidak lepas dari membuat kesilapan. 

Tapi jap, hahahahaha semua ini hanya rekaan. Teruskan lah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan. *updateblogsampaidengarlagutemansejati

Xoxo publish....




0 comments

Peluang

Jika diberikan ku satu peluang

Kau percaya kepada peluang kedua? Kehidupan ini, semua manusia layak diberi peluang kedua. Tidak kira lah dalam percintaan, pelajaran dan liku kehidupan. Mungkin saat pertama kurang dihargai, maka apa salahnya berikan mereka peluang kedua.

Kebiasannya, apabila diberikan peluang kedua. Maka, peluang kedua tidak akan disiakan dan akan digunakan sebaiknya. Misal kata, dalam pelajaran tidak semua orang akan berjaya hanya dalam sekali percubaan, melainkan kau dilahirkan semulajadi dengan otak cerdik pandai.

Throwback kisah cikgu sekolah rendah, Cikgu Hanif. Dilahirkan dengan tidak pandai membaca sehingga sekolah menengah. Tapi dengan peluang dan ruang diberikan, hanya percaya kepada kata hati akhirnya berjaya menjadi seorang guru. Weel said, kan aku dah kata setiap manusia layak mendapat peluang even kau kata dia not deserved that. Kau tuhan ke untuk menghukum sesorang?

Tetapi, ada jugak peluang yang diberikan hanya sia-sia. Itu bergantung kepada effort kau samaada nak mengubah atau hanya membiarkan. Kadang kau fikir, mungkin kalau ada peluang kau akan melakukan penambaikan. Kadang kau leka, dengan peluang yang diberikan, kau jadi tamak untuk terus mengubah 360 darjah dari azalinya.

Andai kata, dalam percintaan kau diberi peluang mungkinkah akan ada kelebihan disitu? Mungkin kerana kau sudah mengenali pasangan kau atau mungkin perhubungan akan lebih retak berbanding dulu? Kau fikir, mungkinkah perlu wujudnya peluang dalam meluruskan perhubungan? Kau pilih, peluang atau nasib? Hanya kau mampu menjawab persoalan.

Jika diberikan peluang, ingin sekali kembali ke saat kanak-kanak dimana kita tidak perlu risau akan segalanya. Hanya bermain untuk kelangsungan hidup. Tidak perlu memirkan sama ada masih wujudkan peluang untuk kau dimasa hadapan. 

Noktahkan peluang dengan perkara yang kau tidak akan sesali seumur hidup. Indahkan peluang yang diberikan, dengan cerita yang kau boleh banggakan kelak pabila bercerita dengan anak cucu kau nanti....

0 comments

Putus

Situasi I :     Pertengkaran antara Man dengan Ibunya

Jangan kerana terlalu mengikut perasaan, kau tergamak memutuskan hubungan persaudaraan yang telah terjalin sekian lama. 
Argghhh, aku tidak kira. Mak fikir aku suka sama dia? Sedikit pun aku tidak punyai nafsu memandang dia.
Anak tidak mengenang budi ! Berani kau berkata begitu pada bakal menantu aku.
Kalau kau berani tidak hadirkan diri masa majlis tu nanti, putus kepala kau aku kerjakan Man.
Putus kepala ka, putus segalanya aku sudah tidak peduli mak. Aku sudah ada kekasih hatiku sendiri. Aku mencintainya sepenuh jiwa raga.
Habis kau tidak fikir aku membesarkan kau bagai menatang minyak yang penuh? Bila sudah berjaya, kau mahu melawan kata-kata aku.
Jangan kau berani bawa perempuan tu datang sini, putus nyawa budak tu aku kerjakan nanti.

Situasi II : Perbualan antara Man dengan kekasihnya

Siti, bukan aku meminta untuk keadaan ini terjadi pada kita.
 Sudah itu Man, kau relakan ibumu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kita? 
Benar kau tidak mahu berfikir untuk kesekian kalinya? Apa kau tidak sayang akan perhubungan ini? Sungguh tegar kau ucapkan kata putus dari mulutmu.

Siti, ingatlah bahawa kita memutuskan perhubungan ini bukan dengan kerelaan, tetapi putus terpaksa. Aku menyanyangimu, tetapi aku lebih sayang kepada orang tuaku. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Senang kata kau ya Man, dengarkan lah bahwa aku sudah siap hidup tanpa dirimu lebih baik putus. Pergilah kepadanya pilihan orang tuamu yang lebih sempurna, aku pilih derita.



Nah tuju lagu buat kamu. Hayati sedalamnya....


0 comments

Aku & Dia

Pada hematku dia sempurna? Apa yang sempurna?
Sesempurna cintamu kepada ku... Cia cia cia, hahaha.
Sudah lah dengan kemerapuan itu, sudah cukup !

Dia....
Bukan cinta pandang pertama,
Bukan juga menarik hati,
Bukan sekacak Adi Puta,
Malahan bukan jugak menarik minatku.

Tapi....
Dari mata jatuh ke hati?
Bukan begitu detik perkenalan,
Bukan juga membuat berdegup kencang,
malahan perasaan benci menguasai.

Lumrah...
Lelaki bermulut manis,
Lelaki mengambil berat,
Konon best man win,
Mereka fikir mereka segalanya.

Satu...
Episod bermula,
Dimana pertolongan dihulur,
Membantu dikala memerlukan,
Nah dia punyai waktu yang tepat,
Dan bermula hikayat dua insan.

Alhamdulilah...
4 tahun usia sebuah perhubungan,
Akhir sujud seringkali memohon,
Agar hubungan yang dimeterai berterusan,
Sehingga ke Jannah.

Walau...
Saat pertama persoalkan pakaian,
Mengapa? Bagaimana?
Akhirnya kerana match maker,
Kami berdiri teguh sesama sendiri,
Membuat siapa diri kami hari ini.

Akhirnya..
Selepas bertahun bersulam kasih ,
Berendam air mata,
Mudahan segalan perancangan,
Berakhir dengan senyuman.

Mei 2016...
6 bulan terpenjara rindu,
Demi kasih dan masa depan,
Sarjan misai bakal gelaran,
Tahniah buat akhir kalam.....




0 comments

Cinta


Cinta itu bersifat abstrak
Tak kan nampak dengan mata kasar
Hanya boleh dirasai dengan perasaan
Tapi harus berpada
Demi kelangsungan masa depan..

Cinta itu indah
Jika disulami dengan kesetiaan
Tanpa perlu bermain mata dibelakang pasangan
Kelak akan merasai kebahagian...

Cinta itu universal
Tidak semestinya hanya pada manusia
Jep si kucing parsi
Boleh jadi itulah cinta pada haiwan...

Cinta itu complicated
Kenapa?
Saat kau rasa kau sedang merasai nikmatnya bercinta
Kau ditinggalkan
Merana jiwa raga cuba menerima...

Cinta itu ibu ayah
Pelik bukan? 
Hakikatnya tidak
Cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah diduakan
Hanya mereka selamanya...

Cinta itu sambal belacan
Walau pedas sehingga mengalir air mata
Namun tetap ditelan jua...

Cinta itu hikmah
Jika tidak dengan si dia
Mungkin si polan yang nun jauh di sana
Jodoh yang ditetapkan
Dari Sang Pencipta kepada kita...

Cinta itu ketawa dan air mata
Kadang kau terasa indahnya dunia
Pap ! Sekelip mata kau ibarat ditikam dijantung
Nahhhh air mata selautan...

Cinta itu kerinduan
Apabila mengalir air mata
Dek kerana rindukan seseorang
Bersiap ambil wuduk
Mengadap Sang Pencipta dan berdoalah..

Cinta itu  keberanian
Berjumpa sesorang secara kebetulan
Tidur malam termimpi-mimpi
Maka segeralah ke rumah si dia
Nyatakan hasrat mahu menyunting..

Cinta itu saya...........





0 comments

Carut

Bermula satu kisah di bulan Mei..

Is : Wei Mia kau pehal muka toya macam cencurut ?
Mia : Diam ah kau Is. Aku takde mood nak cakap.
Is : Hek eleh minah ni ajet ajet je tak nak cakap lah bagai. Padahal dia kalau cakap segala carutan keluar.
Mia : Aku cuba berubah lah ni. Kau patut support aku beb.
Is : So kau dah kurang carut lah ni? Takde lah aku dengar perkataan cb lagi dari kau?
Mia : Cb aku cuba untuk tak cakap dah. 
Is : Pehhh kata tak nak carut dah. tapi kau baru cakap cb kat aku. Pehhh pehhh, sentap !
Mia : Contoh je lah beb, sengal betul mamat patah ni. Sentap konon, malas layan. Kang nak melantak cari aku jugak. Carut jugak kang.
Is : Ha tengok tu, nak carut kan aku lah tu. Aku sayang kau lah nokk. Mak lep u nyah. Muah.
Mia : Geli bodoh muah dekat aku. Kau pergi lah ber lep u bagai dengan scandal kau. Mangkuk betul kau ni. 
Is : Aku clash dah dengan dia nyah, anjing betul perangai. Dia kata aku bapok, pleaseee lah. 
Mia : Kahkahkahkah, dia anjingkan kau? Dah tu kau balas tak ?
Is : Balas lah nyah, mana bole aku tak balas kenyataan jantan tak guna tu. Konon hot lah, puihhh ! Hamster aku pun lagi baik dari dia. Aku binatang kan dia. Segala binatang keluar. kahkah padan muka. Bangang tak bertempat.
Mia : Eh tapi beb, bukan kau bapok ke ?
Is : Hishh, choi mulut kau ! Aku bukan bapok lah. Aku perempuan jadian. Hahaha. Dan aku lagi cantik kebabom dari mereka yang lain. Mulut kau ni aku cili kang.
Mia : Astagfirullah kau ni. Mengucap beb. Nyah kita makan yok dekat BigFood. Lapar wei, aku order kau belanja. Deal kan. Jom !
Is : Hang kalau bab makan, lupa segala. Meh lah, mana tau aku boleh dapat scandal baru.
Mia : Mangkuk ni kalau tu laju je. Tak payah lah, kau kembali ke jalan yang benar je terus. 
Is : Beb, aku tengah mencuba. Kau ingat aku nak jadi macam ni sampai ke tua ke? Sebab tu lah aku clash dah dengan manusia sejantina dengan aku tu. Si sewel acah Sofi Jikan tu. Menyampah nok nak sebut nama dia.
Mia : Serious lah beb?! Alhamdulilah, tahniah. Jangan risau aku akan support kau punya.
Is : Lagipun sekarang aku rasa aku jumpa cinta sejati aku. 
Mia : Siapa beb ? Eksaited gila aku nak tau. Siapakah gerangan perempuan tu.
Is : Sebenarnya kan Mia, aku takut kau terperanjat je. Kau minum dulu milo ais kau. Mia...... kau lah perempuan tu *tersipumalusambilpintallenganbaju
Mia : Ha !!!! Bodoh lah kau Is. Mangkuk jamban , cb betul *hempaskerusidekatdinding
Is : Hahahahaha, padan muka kau. Cb kan aku seyh. Babun punya perempuan. Dah lah makan.
"Mia, sebenarnya aku maksudkan apa aku cakap tu, moga hati kau terbuka untuk aku"........... 



0 comments

Throwback

Akhirnyaaaa.....
Jumpa juga dengan manusia yang aku kenal dari sekolah wujud dekat Kajang ni. 
Guess what, aku terserempak dengan member sekolah menengah dan kami sekelas dari tingkatan 4 sampai 5. Bila lama tak jumpa, perasaan awkward tu mesti ada. Lebih lagi aku bukan sejenis manusia peramah tahap baling beg keluar tingkap. 

Throwback kami kelas UM masa sekolah, tapi last-last aku sambung belajar dekat UKM. Haha, tak kelakar. Masa sekolah acah kelas budak pandai kelas first. Hakikat, bukan bijak mana pun. Ada satu waktu kelas akan berpecah dua. Subjek Biologi dengan Lukisan Kejuruteraan. Kelas kena pecah dua masa subjek tu sebab, pengetua hadkan kelas biologi hanya 11 orang sekelas. Lebihan masuk kelas LK. Bio ramai member perempuan ambil, LK lelaki dan berapa ketul sangat perempuan sangkut.

Aku ambil LK sebab aku rasa aku lebih berminat pada praktikal dari teori. Pada aku praktikal more interesting dari teori. Teori dengan mengadap segala mak nenek buku. Omaigoddd guys, tapi end up belajar baik dip dengan ijazah. Dua-dua aku sambung business. Beza beb diploma aku belajar dekat politeknik. Praktikal banyak, tu syok. Ijazah aku belajar tinggal rebus buku je. 

Tidak mengapa, at least aku tau suasana pembelajaran yang berbeza dan persekitaran yang berbeza. Konon ambil LK masa sekolah nak jadi macam ayah, main lukis-lukis pelan. Akhirnya kau buat je lah business plan.  Owh ye, tadi yang aku jumpa Nasriq namanya. Rupa paras masih sama, bergaya hipster, berjambang wak doyok, dan sudah berkerjaya. Tambahan, rasanya dia sudah berpunya. 

Katanya Wak Teng, Mirul semua kerja area sini. So lepas ni takde hal lah nak lepak. Ada member dah, nak balik Kulai pun boleh join sekali. Tapi malangnya aku tak kan dapat balik sekali dengan mereka. Tunang sejenis manusia ditaktor, hahaha. Padan muka, aku kutuk kau b. Siapa suruh kau lama sangat terkurung dalam penjara tu.

Penting sekarang aku dah tak sayur sebab jumpa semula dengan member yang aku kenal lama dah. Member yang setiap kali tiba raya, pakat-pakat konvoi beraya dari satu rumah ke satu rumah. Rumah aku akan jadi second last, last rumah guru kelas, Puan Salmiah. Beraya dari pagi sampai ke malam. Siap pesan rumah siapa kami nak makan. Haha. Huish syok beb kalau ingat balik kenangan masa sekolah. Andai dapat ku undurkan masa....



0 comments

Ketam

Disebabkan tema kita pilih pasal ketam. Akak payung sikit gambar ketam kat hangpa semua. Jangan kata akak tak payung. Payung payung payung !

Pernah dengar peribahasa "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus" ? Maksudnya cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri berkelakuan buruk.

     Jenaka : Anak ketam yang putus asa kerana tidak dapat berjalan betul akhirnya memotong kakinya sendiri sebagai tanda protes.
Lawak kan? Ketawa lah sikit tanda support lawak akak. Hahaha.

Tidak perlu komen jejauh pasal peribahasa tu. Kita kenal pulak jenis ketam. 
Ketam Nipah
Ketam Batu 
Ketam Bakau

Biasanya kita familiar dengan  jenis ketam tu kan? Ada tak terbaca pasal ketam kelapa? 
Ketam Kelapa ini terdapat di Pulau Sipadan , Semporna Sabah dan juga di luar negara yang lain. Macam mana rupa dia ? Nah klik sini Ketam Kelapa . Aku pun tau kewujudan ketam ni masa tengok Law Of The Jungle. Gigih google cari info pasal ketam ni.

Tapi tahu atau tidak, ada antara ketam tu haram dimakan? Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan. So berhati-hati dengan pemakanan ketam anda. Tindakan anda adalah masa depan anda. 

Ha ada satu cerita menarik. Pulau Christmas yang terletak di Australia, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam tidak dilanggar kenderaan ketika 'melintas'. Itu sebab tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur. Comel je pihak berkuasa sana, kalau kita? Hahaha, mau ditangkapnya semua ketam tu buat makan.


0 comments

Ujian

Masa zaman sekolah, ada dua jenis ujian. Ujian lisan dengan ujian bertulis. Tapi aku lebih suka ujian lisan rasanya. Biasanya ujian lisan, cikgu akan tolong walaupun sedikit. Macam Johor, kami ada Sekolah Agama. Biasanya pagi sekolah rendah, petang sekolah agama. Kalau sekolah agama, dari kau darjah 1 dah kena hafal surah untuk ujian lisan. 

So bayangkan, dari darjah 1 sampai darjah 6, dan advance sikit sampai darjah khas. Setiap tahun kau ada surah nak kena dihafal. Tu takde hal, bila ujian lisan kau dengan guru kelas sendiri. Takde lah ketar lutut nak ujian tu. Nah bila kau start naik darjah 6. Kau punya panel ujian lisan, cikgu dari sekolah lain. Surah wajib masa darjah khas kena hafal. Surah Yasin dengan al-Baqarah. 

Kalau ujian bertulis, kau merapu apa pun dekat kertas jawapan untuk ujian subjek kau ambil belum tentu kau dapat markah. Biasanya ujian bertulis ni, bukti kepada apa yang kau faham masa pembelajaran. Ujian bertulis pulak ada jenis objektif dengan esei. 

Bila naik zaman universiti, ujian kau lagi lah bermacam jenis. Bukan setakat ujian jawab paper quiz, midterm nya lagi, dengan last final. Ujian kat sini pelbagai. Termasuk ujian hidup macam mana kau nak survive dalam pengajian yang majoritinya bijak bijak pelajarnya. Sini jugak, kau boleh uji kawan kau. Kenapa kan? Itu sebab, bila pocket money kau dah curang. Kau takde duit, tengok takat mana member boleh tolong. Ujian lah bagi member yang kena bantu kewangan kau. Dalam kepala dia dok berkira, sama ada
 A : aku bagi pinjam 
 B : buat-buat tak tau
C : Kalau bagi pinjam dia bayar balik tak
D : Lantak kau lah

Itu belum kira liku dan ujian kehidupan yang kau hadapi saban hari. Penting, jangan hanya cepat menyerah kalah. Tetapi bangkit lah dengan semangatnya menghadapi apa jua bentuk ujian yang melanda. Tidak kira lah ujian yang kau dapat tu, sangat berat untuk diluahkan. Itu sebab, hanya kau seorang sahaja yang mampu untuk berdepan dengan ujian tu. Kau tak kan boleh mintak mak pak kau amek ujian bertulis ke, ujian dalam kehidupan ke, ujian dalam percintaan kau ke sebab itulah liku hidup seorang manusia. 

0 comments

Pantun

"Anak lelaki tercekik halkum,
Assalamualaikum"

Pantun..... 
Dalam wiki jelaskan pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. 
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris.

Pantun ni boleh dikategorikan kepada dua :
              1. Pantun berkait 
              2. Pantun tidak berkait
Pantun yang popular digunakan sekarang, pantun dua kerat. Itu sebab senang nak reka pantun. Hanya samakan ritma ayat terakhir. Macam selalu Jep buat ayat pickup line. Itu pun salah satu contoh pantun. Contohnya : 
"Dua belas jam menunggu,


Saja nak kata I Love You" 
"M.Nasir dipanggil sifu
I Love You Tu"

"Pagi-pagi mata kuyu
Lama I tak jumpu yu"

"Adik berkata selamat jalan,
Moga berjaya jawab ujian"

"Ahad ujian macro,
marilah kita berhohoho"

"Kelmarin mimpikan mama,
Cita-cita dapat tempat pertama"

"Tersangat suka makan nangka,
mulut jangan macam puaka"

Okay, banyak dah pantun dua kerat kita. Kita tengok pulak contoh pantun empat kerat. Biasanya, pantun ni kita tak perlu reka. Kadang spontan je terlintas dekat fikiran. Meh kita reka pantun empat kerat. Chalo beteh...

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Kalau kau berani nak menari
Meh sini E'eim nak tunjuk belang...

Paul Walker pelakon omputih
Cerita dia Fast & Furious
Excident pulak dengan si putih
Kesian dia dah tak famous...

Bersama kita gapai impian
Cadangnya bina keluarga bahagia
Jangan hanya pandai berangan
Kang kau sasau sampai ke India...

Dari Johor singgah ke Bangi
Naik kereta bersama rakan
Ikan kering tu ke yang wangi
Padahal tadi kita dah makan...

Selamat tinggal akhir kata
Esok lusa hari rabu
Hidup ni jangan suka mengata
Kalau tak mahu kena bambu..

Madah diungkap santun bicara
Pantun direka geli hati
Makian dan silap tutur bicara
Minta diampun serendah hati.

0 comments

April

April namaku.
Kenapa April?
Kata Mummy Daddy sebab mereka berkenalan masa bulan April.....

Bila April tiba hati mula berkata,
bertahun lamanya perkenalan kita...


Throwback sikit lagu Dr. Fadzley, Bila April. Mummy kata lagu ni lah lagu tema percintaan dengan Daddy. Cewahhh. Asal sebut pasal cinta, mula lah Mummy fefeeling masa muda dia. Bila aku pandang Daddy, Daddy ye kan aja semua kata-kata Mummy. Sebenarnya Daddy malu ke apa? Eleh, dengan aku pun nak malu.

Tapi kan, pernah tertanya dalam diri. Takkan sebab tu je mereka buh nama aku ala-ala mat salih kan? Hakikat sebenarnya, tak pun Mummy kata. Kau nampak Daddy cool, macho je kan. Sebenarnya Daddy melatah. Kahkahkahkahkahkah. Bila Daddy kena usik, habis hilang imej korporat dia.

Sebenarnya sebab masa nak mendaftar kelahiran aku, memang lah kebetulan bulan April. Sampai je untuk pendaftaran, boleh pulak Ashu aku datang tak sengaja dia tertepuk bahu Daddy aku. Apa lagi jadi pastu, bersilat Daddy aku depan kaunter sambil sebut April nama kau April. 

Pendaftar kelahiran pun bila dengar macam tu, dia betul-betul buh nama aku April. Ashu aku lupa, abang ipar dia melatah agaknya. Semua salah Ashu aku, dah nama aku April. Tapi takpe, nama aku lain dari yang lain. Biasa lah, zaman dulu kan macam tu. Kan ada kau dengar nama orang pelik2, yelah Malaysia lah. Tu kebetulan anak dia lahir masa nama Tanah Malaya tukar ke Malaysia. 

Haish, macam-macam lah nama. Dari yang sependek-pendek alam ke sepelik-peliknya. Tapi nasib jugak nama aku hanya April saja. Bukan April Nama Kau April. Hahahaha. 

"April ! Buat apa tu ? Meh turun makan, ngadap laptop bukan boleh kenyang". 
Oke guys, Mummy dah panggil makan. xoxo . Publish.


0 comments

Ibn Ismail

Tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal family. Nama aku klasik kot untuk sesetengah orang. Dah tu nama aku tu atok aku yang bagi, tak kan masa aku tengah quek quek tu nak cakap kat atok. Please Tok Ayah, nama moden sikit kasi kat cucu. Baru lah rare, peace yooo! 

First of all, I have 7 siblings which is 2 brother and 5 younger sisters. Plus father and mother, so total for the rest of my family are 9 members. Ha kau, english kali ni. Emak diberi nama Sharifah. Sharifah Aloya Binti Syed Abdullah. Ha saja nak bangga diri, mak aku mix arab beb. Haha, tapi bukan lah nama sebenar dia tu. 

Abang sulung Ahmad Shahir, masih bujang dan tengah menjadi bakal zaujahnya. Masih muda belia dan handsome. Second, Saiful Barri. Pedang di daratan maksud nama dia. Pun kacak, sebab dua-dua abang dan banker bergerak aku. Adik aku 4 orang kesemua perempuan. Masih tidak layak untuk menamatkan zaman bujang. Bukan apa, kasi can lah sama kakak dulu. 

Aliah, yang tinggi. Walau hakikat adik no 4 aku tu hanya lah setinggi Sarah Raisuddin. Tinggi dari segi akhlaknya. Market lah sikit adik sendiri kan. Citanya mahu jadi cef, bukan cef untuk rumah tangga. Cef pakai topi tinggi, tu yang sesat dekat Bentong. Kelima, Halimatul Sa'adiah. Nama kepada ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W. Bermata galak, bukan A Galak. Masih teruskan perjuangan dalam bidang biomedical engineering (ICT), dia acah bijak sikit dari aku. Kalau semua nak amek engineering, siapa nak tolong ayah business kan? Sedapkan hati, sebab tu aku sambung BBA.

Ke-6, Izni Juhaidah. Ha nama budak ni lah baru mak ayah bagi sendiri. Nama anak 5 teratas, semua atok sama atok sedara yang bagi. Nama dia Izni sebab abjad pertama huruf ayah, I. Takde sebab lainnya. Ni budak muslimah jenis tudung labuh. Kadang nak tarbiah aku, dia kena batch semula dengan aku. Tapi alhamdulilah, sentiasa doakan perubahan yang baik untuk kakak dia. 

Siti Balqis, ahli termuda dan terakhir dalam Ibn Ismail. Dia lah yang aku bawa kehulur-hilir dari kecik sampai besar. Ramai kata, muka kami seiras seirama. Nama pun adik beradik, takkan nak muka macam orang lain pulak. Kawan setia bergaduh dengan Izni, bila baik macam belangkas. Si kecik ni pun, teruskan persekolah dalam bidang agama. Tapi sekarang cuma jumpa dia, tiap cuti weekend je. 

Emak dan ayah, setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka tak lain mendoakan untuk kebaikan anak-anak dia yang bertujuh ni. Mak ayah takkan ada gantinya sampai bila pun. Mereka adalah mereka. Sebab tu lah aku suka bila time balik rumah. Rumah tak kan lengkap kalau takde semua. Bila sorang balik cuti, yang lain pun akan cuba untuk balik rumah dalam masa yang sama. Kemeriahan dan kebahagian sesebuah keluarga, kau tak kan mampu untuk dinilai dengan wang ringgit. 

0 comments

AIR

Sembang pasal air, tempat mana aku belajar confrim lah akan ada isu pasal tiada air. Masa belajar diploma kat politeknik bawa lah ke sini UKM. Sama sahaja, isu pasal tiada air. Makna nya kau perasan tak, aku dan air tidak boleh dipisahkan? Kah, mengarut ! Benda paling penting dalam hidup air ni. Pada aku biar takde letrik, still boleh move on. Jangan takde air, payah wei rutin harian nak gerak.

Yelah, mana taknya. Bila takde air, kau tak mandi kan? Bila tak mandi, kau rasa kau wangi ke? Kau selesa ke kehulu-hilir sebarkan keharuman kau tu? Please lah. Katakan lah, kau mandi sebab kau tadah air sebelum tu. Dah tu banyak mana kau tadah? Sebaldi je pun kan. Dengan sebaldi tu kau nak bertahan seminggu? No way! Takkan pernah cukup. Kau gila sebaldi cukup untuk a week? Huh, dengan macam tu kau kata kau mandi. Kirim salam.

Well, tapi kalau kat kampung rumah mak ayah. Family aku rasanya tiada isu pasal masalah air ini. Itu sebab kami guna air perigi. Actually, air mata air dan ditanamkan kalbat keliling punca air tersebut. Kalbat tau tak? Kalbat lah. Anak bandar sungguh. So, aku sepanjang usia dari baby sampai cute gini hanya gunakan air perigi. Bukan lah terlalu klasik, ayah siap buat paiping dari air perigi tu sampai lah tadah air dalam tangki rumah. Come on, ayah aku kreatif gila lah, cuma bakat tu sipi pun takde sangkut kat aku.

Kadang, orang datang siap nak beli air perigi rumah kami sebab katanya nak buat berubat. Ambil je lah, air pun free dari alam semula jadi setiap manusia berhak nak dapatkan. Tapi air perigi tu sebelum boleh disedut sumbernya, ayah aku taburkan klorin sama tawas. Untuk apa kan? Biar tak berbau sama warna airnya jernih. Hebat bukan? Hahah, ayah aku kot mesti lah the best in the world. 
Macam ni ha !

Please okay, walaupun kolej aku takde air sekarang ni. Aku mandi dengan jayanya beb. Kau tak tau aku dah macam Detective Conan pergi search semua blok punya pili air.  Itu lah dinamakan usaha tangga kejayaan. Mana nak datang kejayaan kalau kau belajar dalam busuk tak mandi sebab takde air? Kejayaan hanya sampai serunya pabila kolej kau ada air dan kau dapat mandi dengan meriahnya. Tapi ingat jugak, buat lah simpanan air untuk masa sesak-sesak macam ni. 



0 comments

Cuti ke?

Cuti wei cuti !

Okay ramai-ramai, Puts your hands up ! Put your hands up! Cuti dari segala kuliah, apa lagi cucuk langit lah ! Dumcik dumcik.  Cuti midsem dah nak start dah. Seminggu wei, seminggu jadi bujang. Cuti jangan tak cuti. Kelak kau menyesal nanti. Free kan jadual kau dari segala aktiviti, balik rumah jumpa mak ayah lagi bagus. Pahala pun dapat, duit pun dalam kocek tak luak lepas tu makan pun free. Mana nak dapat bro? Wifi pun unlimited beb, sini dah ada had seorang quota 5gb. Lifeless. Poyo.


Kau rasa ada istilah cuti ke untuk student u? Kerat jari lah. Mende nak cuti nya, kalau naik cuti midsem ni exam midterm berderet? Kalau kau ambil 10 subjek, ha matilanak. Cuti kau habis dengan menjadi ulat buku. Haha. Istilah cuti tu hanyalah harapan palsu. Jangan lah kome mengharap sangat nak kembangkan sayap dan terbang sebebas mungkin. Silap-silap sangkut dibawah pohon cemara kata Ezad Exists.

Tapi cuti untuk aku, esok start dah. Habis kelas Macro kita cabut balik JB lah. Sorry lah, aku bukan jenis gila segala aktiviti yang ada kat sini. Pada aku balik kampung lebih utama. Masa nak luangkan, luahkan segala peristiwa yang terjadi dekat mak ayah. Best apa, cuti-cuti santai lepak borak sesama ahli keluarga. Lagipun cuti sem karang, bukan dapat cuti lama sangat kan. Sebab ada short sem yang kena amek. Cis.

Cuti midterm ni kau manfaatkan sepenuhnya. Kolej takde Astro segala bagai tu. Ha apa lagi, cuti ni kau telan lah hadamkan segala siaran TV yang kau tergila-gilakan tu sampai siap pesan kat mak ayah mintak recordkan. Kan? Kan? Haha, sebab aku pun sama. Tapi last-last, Tv yang akan tengok aku. Aku lama dah hanyut dibuai mimpi indah dek kerana cuti kuliah seminggu kan.

Beringat jugak beb, dalam kau cuti midterm ni jangan lupa jugak selak lah sikit nota kau untuk berjuang dalam midterm exam. Kang kalau cuti ni kau betul cuti, time dalam dewan exam kau nages beb ingat mak ayah.  Tapi mengaku je lah, kau acah bawa segala nota konon nak study. Last-last nota tu hanya mampu menyendiri dalam beg kau yang kau sendiri tak ingat campak dekat ceruk mana. Tapi kan sebenarnya, benda tu semua berbalik dekat diri aku sendiri.

Awal-awal balik rumah masa cuti, keazaman dah kukuh konon setiap hari satu bab atau subjek jadi lah. Huhhhhhh, itu semua dalam mimpi lah wei. Kang abang ajak jalan Bazar Karat, kau mengekor. Kang ajak jalan Jb, kau cecepat sarung tudung. Istilah mana kau kata nak study time cuti? Itu semua dusta berkalang. Ini semua poyo ! So, cuti is cuti. 

0 comments

Doktor Cinta

Satu episod bermula.....

Bila someone buat something yang dia tak suka. Tapi dia masih buat sebab kau, apa patut kau rasa? Terharu? Gembira? Dan apa perasaan kau untuk benda yang dia buat tu? Pada dasarnya kau dengan dia adalah partner. Kau punya perasaan biasa-biasa, tapi bila dia tiada kau mencari. Apa sebenarnya yang kau nak? Sedangkan si dia banyak berkorban untuk kau. Dan kau punya kata sayang hanya pada mulut, tapi bukan sepenuhnya apa yang terbuku dihati. Tapi kan, kau bukan tak sayang dia. Kau sayang, tapi apa yang kau rasa tak boleh ditafsirkan. Curang? Nope, tidak pernah sesekali. Setia? Ye sememangnya. Sayang? Hmmm, sayang bukan tidak sayang. Tapi atas dasar apa kau sayangkan dia? Harta? Paras rupa? Agamanya? Haha, kau sendiri tidak pasti.

Apakah nama sebuah perhubungan tanpa dasar kasih sayang? Putus? Kau dah terlalu penat untuk memulakan sesebuah hubungan yang baru. Maka sebab itu, kau fikirkan kekalkan hubungan yang sedia ada. Habis tu, apa nak jadi dengan perasaan kau? Biarkan sahaja? Atau buat something untuk pupuk perasaan tu? Kesian dekat partner kau. Dia punya sayang, cinta, kasih dekat kau, bukan main hebat. Sedar lah diri sikit manusia, kau bertuah masih ada insan yang naif sanggup menjadi pasangan kau. Malahan semua orang tau apa pengorbanan yang si dia buat untuk kesenangan kau. Tapi kau, ibarat memainkan perasaan si dia. Tanpa si dia mengetahui perasaan sebenar kau. Kau kejam ! 

Cuba kau bermonolog dengan diri sendiri, apakah kau tau apa pengorbanan yang dia buat untuk kau? Kau pernah tidak perasan akan perkara itu? Penat orang sekeliling bercakap tentang pengorbanan si dia. Tapi kau buta, tuli hati dan minda untuk melihat dan menilai. Yang kau tahu hanya mencari kesalahan si dia. Padahal hakikatnya, kesalahan dia tak sebesar kesalahan kau. Haha, kau ni sangat kelakar. Lantas, ke mana hala tuju hubungan kau yang dah bertahun tu? Matlamat si dia, berakhir dijinjing pelamin, dan kau? Masih tercari-cari dan tertanya-tanya, betul ke dia teman sejati? Kau sengal. Apa sebab? Kalau dah tahu kau masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri, untuk apa kau teruskan perhubungan?

Apabila terlalu banyak persoalan yang bermain diminda, boleh lah main tuju lagu dekat radio THR Gegar FM segmen Gegar Cinta bersama DJ Nas. Jangan lupa sekali cerita masalah cinta kau, kasi satu Malaysia dengar kebodohan kau. Mesti ada yang cakap, dah tau tak sayang. Putus saja lah, biarkan si dia bahagia bersama insan yang sayang dengan seikhlasnya. Haha, jangan sayang hanya pada perkataan tapi cuba tanamkan keikhlasan pada diri. Pernah dengar orang cakap, apabila sesorang itu dah pergi dari hidup kita, nah masa itu lah kau akan terasa kehilangan. 

Jangan sudah terngantuk baru terngadah, masa itu tiada gunanya lagi. Kau merayu, melutut pun tiada apa yang akan berubah. Silap-silap masa kau sendirian itu lah, baru lah satu persatu apa yang dia korbankan untuk kesenangan kau terbayang diminda. Masa itu baru lah penyesalan kau ibarat Pergunungan Alps. Dan dan masa kau menyesal, kau terima kad undangan perkahwinan dari si dia yang kau tak pernah hargai. Masa itu, boleh lah kau layan lagu pelamin anganku musnah. Hahaha. Apa lagi? Datang saja lah majlis dia, boleh kau tengok isteri dia yang bertuah kerana punyai sesorang yang benar menyanyangi dia apa adanya. Saat itu, kau meraung lah dekat Gunung Tahan mengenangkan kekhilafan kau. 

Cisss, apahal tengok profile aku? Aku bukan cerita pasal diri sendiri, please bukan hakak okay. Aku banyak kali kot jadi penasihat cinta, come on lah. Takkan cerita aku kot. Well, sesekali acah-acah doktor cinta, sebarang permasalah mengenai cinta boleh kiranya mendapatkan khidmat aku. Sekali cerita, aku cas milo kotak besar satu. Cerita aku? Aku In-Sya Allah langsung majlis tahun depan. Haha. Aku rasa, aku ada bakat untuk jadi penulis novel. Tapi entah laku ke tidak novel nukilan kau nanti E'eim. Sedar diri sikit, kau punya target lepas ni jadi PA En.Ismail.